Jangan Pernah kata 'Kalau…'

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Ida nak beri sedikit dos motivasi buat bekalan sebelum melangkah ke tahun 2020. Ok, ada apa sebenarnya dengan perkataan ‘kalau’? Kadang-kadang, mungkin pernah bermain-main dalam benak pemikiran kita, ‘Kalaulah aku buat begini, nescaya aku akan dapat begini… begini…’

Dalam hadis Sahih Muslim menyebut : Nabi bersabda : “Jangan kamu berkata : Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah, ini takdir Allah, apa yang Dia kehendaki akan berlaku. Sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.

Buat pengetahuan pembaca, syaitan akan masuk ke dalam badan manusia seperti mana berjalannya aliran darah dalam badan manusia. Pada ketika manakah syaitan dapat melakukan misinya itu? Check listnya ialah, ketika manusia dalam kesusahan dan kesedihan; dalam keadaan kemarahan atau kesedihan yang melampau. Justeru, jika manusia itu tidak mendapat hasil daripada apa yang diusahakannya, lalu mengatakan ‘Kalaulah aku melakukan demikian, tentu aku berjaya’; hanya akan membuka pintu kesedihan dan kekecewaan. Pada waktu itulah, syaitan akan masuk dan menggoda manusia untuk menyalahi takdir Allah SWT dan bersikap pesimis dalam hidup.

Seorang pakar psikologi Eckhart Tolle dalam bukunya ‘The Power of Now’ merumuskan setiap saat kita risau tentang masa depan atau menyesal tentang masa lalu, sebenarnya adalah kehilangan setiap saat yang berharga. Sebenarnya anda hanya memerlukan masa sekarang yang dapat memberikan anda kawalan dalam hidup dan seterusnya membuat strategi-strategi yang dapat menjadikan hidup anda lebih bermakna setiap saat. Kalau Ida nak tambah, sebagai orang Islam, setiap saat dapat kita gunakan untuk membuat kebaikan bagi menambah amal jariah kita di akhirat nanti.

Dalam kata-kata Eckhart Tolle yang terkenal, “Realize deeply that the present moment is all you have. Make the NOW the primary focus of your life”.

Teknologi Robot Sophia, petaka @ rahmat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berbual-bual dengan robot yang dapat mengesan emosi manusia dan menghasilkan ekspresi wajah yang pelbagai kini bukan lagi fantasi. Di Hanson Robotik yang bertapak di Hong Kong, satu robot yang seolah-olah seperti manusia bernama Sophia telah dihasilkan.

Sophia dalam bahasa Greeknya bermaksud kebijaksanaan (wisdom). Bila Ida lihat bagaimana robot Sophia itu bercakap dan memberi respons apabila diwawancara memang menakjubkan. Dulu Ida ada menonton filem ‘Artificial Intelligence’ berkenaan robot budak lelaki yang dihasilkan untuk pasangan suami isteri. Sekarang, filem tersebut telah hampir menjadi kenyataan dengan terhasilnya Robot Sophia.

Menariknya tentang Robot Sophia ni, dia boleh mempelajari kemahiran baru dengan sendiri dan menjadi semakin bijak dari sehari ke sehari. Bercakap tentang menjadi bijak dari sehari ke sehari ni lah yang Ida cuak sikit ni. Pernah lihat tak lakonan Will Smith tentang robot yang cuba menakluki dunia? Baru-baru ini pelakon Will Smith sendiri telah berpeluang untuk mewawancara Robot Sophia. Will Smith nampak teruja sangat dengan kehadiran Robot Sophia. Anda nak tahu apa respon Robot Sophia? Robot Sophia bertanyakan Will Smith adakah beliau tidak menyukai robot; memandangkan lakonannya yang ganas terhadap robot. Kita semua tahu itu hanya lakonan. Tapi Robot Sophia melihatnya sebagai sesuatu yang serius.

Pada Ida lah, macam teknologi-teknologi lain seperti komputer, telefon pintar dan sebagainya, ada kesan negatif jika tidak digunakan dengan berhemah. Kita perlu mengawal penggunaan teknologi moden dengan tujuan mendapat manfaat dan tidak berlebih-lebihan. Begitu juga Robot Sophia, tujuan utamanya ialah untuk membantu manusia terutamanya dalam bidang pendidikan, perubatan, dan juga untuk menyumbang kepada pembangunan penyelidikan ‘Artificial Intelligence’. Jangan pula disalahgunakan kewujudan Robot Sophia ni, kerana seperti mana yang kita tahu Robot Sophia ini pandai berinteraksi dengan manusia. Melalui interaksi tersebut, dia dapat tahu apa nilai dan benda yang kita sebagai manusia utamakan. Kalau nilai itu baik, maka baiklah jadinya. Kalau buruk, maka buruklah jadinya.

Oh, jangan lupa, Robot Sophia ini juga berpotensi untuk masuk dalam pasaran kerja. Baru-baru ini Negara Arab Saudi telah memberi hak kewarganegaraan kepada Robot Sophia. So, mereka juga ada potensi untuk menjadi pesaing kepada manusia dalam pasaran kerja. Seperti dalam artikel Ida sebelum ini, ’75 juta kerja bakal pupus’, pembaca cubalah bidang-bidang yang dapat memberi peluang pekerjaan yang luas kepada anak-anak kita di kemudian hari. Apa pun, kepesatan teknologi moden tidak dapat disangkal lagi. Sebagai manusia, kita perlu upgrade diri dari sehari ke sehari.

Ketika Allah Swt mahu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30, “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Tahun 2020, aku datang… (Insya-Allah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tinggal 1 bulan saja lagi fajar 2019 akan melabuhkan tirainya. Segala suka duka sepanjang tahun 2019 akan hanya menjadi memori. Tatkala fajar 2020 mula menyinsing, bermulalah sekali lagi perjalanan hidup kita di dunia yang fana ini.

Adakah tahun 2019 , tahun yang membahagiakan anda? Di sini, pakar psikologi Csikszentmihalyi telah menyimpulkan konsep kebahagiaan yang sebenar. Beliau mendefinasikan kebahagiaan sebenar datangnya daripada perkembangan dan kemajuan dalam pemikiran kita. Sebagai contoh, mendapat cahaya mata, mendapat sesuatu yang memberi kesan berpanjangan atau mampu menikmati kehidupan walaupun dibelenggu dengan masalah dan kekangan fizikal.

Selain itu, kebahagiaan juga dapat dicapai dengan menggunakan teknik ‘Flow’. Apa itu teknik ‘Flow’? ‘Flow’ ialah keadaan di mana seseorang itu menjadi begitu khusyuk dan asyik dalam melakukan aktiviti/pekerjaan di mana perkara-perkara lain sudah menjadi tidak begitu penting lagi. Hasil kajian beliau juga mendapati mereka yang lebih gembira antaranya ialah pelombong, artis, pengurus dan pakar bedah. Hampir kesemua mereka mempunyai sifat yang bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan dan sentiasa memikirkan tentang kehidupan mereka.

Di sini, Ida nak highlight apa pula kata Islam berkenaan konsep kebahagiaan dalam bekerja. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (baik, sempurna dan teliti) (Riwayat al-Baihaqi).

Islam telah menggariskan peri-pentingnya melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dan konsep ini juga telah disokong oleh pakar psikologi dari Barat tentang teori teknik ‘Flow’ bagi menghasilkan kebahagiaan.

So, apa lagi, jom kita lalui tahun 2020 dengan sifat yang rajin dan itqan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Riki-rikilah apa nak buat pada tahun 2020, dan lakukanlah dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah, niat yan baik akan dipermudahkan olehNya.

Nikmat Khusyuk; rahsia teragung Allah SWT buat hambaNya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Khusyuk merupakan syarat utama ibadah solat diterima oleh Allah SWT. Namun, berapa ramaikah daripada kita yang mampu khusyuk dalam solatnya?

Khusyuk bermaksud menghadirkan diri dalam hati perasaan takut kepada Allah, serta mengharapkan rahmatNya. Ini diikuti dengan pergerakan anggota badan yang tidak menoleh-noleh atau berpaling-paling, meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan kedua kakinya tegak berpijak dan tidak bergerak. Mereka yang tidak khusyuk dalam solat tetap masuk neraka; iaitu neraka Huthomah (nauzubillahiminzalik).

Allah amat kasihkan hambaNya. Kasih Allah melebihi kasih ibu kepada anak-anak. Masakan tidak, sewaktu di dalam rahim lagi, kita telah dapat merasai hangatnya kasih-sayang seorang ibu yang dititipkan oleh Allah. Denyut nadi janin bersatu dengan denyutan nadi ibunya. Dia mendapat makanan hasil daripada apa yang ibunya makan. Setelah lahir, bayi diberikan sepenuh kasih-sayang dan perlindungan oleh ibu-bapanya. Dicampakkan rasa kasih dan kasihan dalam hati ibu-bapanya untuk menjaga bayi itu dengan baik. Setelah beransur remaja dan dewasa, dia diberikan akal yang cerdas dan tubuh badan yang sihat untuk menuntut ilmu dan mencari rezeki. Setiap detik kehidupannya adalah dalam pemerhatian dan perlindungan Allah SWT.

Justeru, bagaimanakah untuk menjaga hubungan yang istimewa antara hamba dengan Tuhannya ini? Jawapannya tak lain tak bukan ialah melalui solat. Solat ialah saat yang paling dekat diantara hamba dengan Tuhannya. Namun, bagaimanakah caranya untuk mendapat khusyuk dalam solat?

Pertama sekali adalah penting untuk menghadirkan perasaan yang Allah SWT sentiasa memerhatikan gerak-geri hambaNya. Hayati kebesaran dan gerun akan kekuasaan Allah SWT. Selain itu, perlu berusaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama-ada perbuatan @ yang dibaca/diucapkan. Sebagai hamba yang lemah, kita tidak dapat lari daripada kekurangan diri. Justeru, sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat kita akan diterima Allah dan merasa malu terhadap Allah diatas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

Sahabat-sahabat Nabi SAW merupakan generasi yang amat khusyuk dalam solat mereka. Jadi, tidak hairanlah di zaman mereka Islam mencapai tahap kegemilangan yang tinggi. Di antara sahabat Nabi yang sentiasa menjaga wuduk dan solatnya ialah Bilal Bin Rabah. Nabi Muhammad SAW pernah berkata kepada Bilal pada waktu Subuh, “Wahai Bilal, cuba ceritakan kepadaku amal apakah yang paling kamu sukai dalam Islam. Ini kerana aku mendengat bunyi terompahmu dihadapanku nanti di syurga”. Bilal menjawab; “Tiada amalan yang paling aku sukai melainkan apabila aku berwuduk siang/malam, aku bersolat dengan wuduk itu seperti yang ditetapkan untukku”.

Semoga kita semua mampu menyingkap nikmat khusyuk dalam solat sepertimana yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman, amiin.

Umpama menikmati sebiji epal yang manis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda menikmati sebiji epal yang manis? Sedapnya seolah-olah segala kenikmatan dunia terkumpul dalam epal tersebut. Begitu jugalah ibadah kita kepada Allah Swt. Ibadah yang khusyuk dan penuh rasa tawadduk kepadaNya akan membuahkan kemanisan iman.

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW baginda bersabda : “Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman : Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak akan mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka”.

Rasa kemanisan iman ini sangat subjektif. Ianya tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Rasa kemanisan iman inilah yang mendorong Rabiatul Adawiyah untuk bertakarrub kepada Allah. Anda akan bertanya, apa prasyaratnya untuk mendapat kelazatan iman ini. Kadang-kala, seseorang hamba itu harus menjalani pelbagai ujian dan dugaan sebelum dapat merasai kemanisan iman. Selain itu, syarat yang tidak kurang pentingnya ialah ikhlas. Ikhlas disini bermaksud dalam beribadah, seseorang hamba itu hanya mengharapkan rahmat dan kasih-sayang Allah semata-mata.

Nah, bila perasaan manisnya iman itu telah wujud dalam diri kita, maka dia tidak lagi terpengaruh dengan segala nikmat dan rasa cinta dunia. Apa perlunya cinta dunia jika cinta Allah sudah beraja dalam hati kita.

Mudah-mudahan, kita semua mampu mencapai tahap kemanisan iman ini yang seringkali sukar dicapai di era akhir zaman ini.

Buat mereka yang mencari sinar kehidupan…

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap manusia memerlukan sinar dalam hidup mereka. Sinar untuk meneruskan kehidupan. Sinar pemangkin semangat. Sebenarnya, sama-ada sedar atau tidak, sinar itu telah pun wujud dalam diri setiap insan. Jadi, kali ini Ida konklusikan makna sinar kehidupan dalam sebuah sajak. Tapi, sebelum tu nak ceritalah sikit pasal minat menulis sajak ni. Sebenarnya agak lama juga Ida tak menulis sajak. Dulu waktu di sekolah rendah dan menengah, kerap juga menulis sajak.

Masih tersimpan kemas dalam memori, arwah papa bawa balik satu bungkusan pos laju dari pejabat. Rupanya sebuah buku kompilasi sajak dan cerpen yang terpilih dalam pertandingan Dewan Siswa. Sajak Ida pula dijadikan muka depan untuk tema cerpen yang menjadi judul kompilasi buku tersebut. Sayangnya buku tersebut tiada dalam simpanan Ida. Maklum sajalah, dah 23 tahun masa berlalu. Jom baca sajak Ida yang bertajuk ‘Sinar Kehidupan’. Moga menjadi manfaat buat mereka yang mencari sinar kehidupan.

Sinar Kehidupan,
Apa itu sinar kehidupan?
Seringkali manusia alpa,
Nikmat Allah sentiasa melimpah-ruah,
Namun, dek terpana melihat kehidupan,
Bahagia insan lain,
Kita sangkakan,
Allah tidak menyayangi, tidak menghiraukan.

Sinar Kehidupan,
Masih adakah sinar kehidupan?
Tatkala ujian menyapa diri,
Seolah-olah minda tak mampu bertenang,
Bertafakurlah sejenak,
Seandainya minda mampu bertenang,
Kan dilihat hikmah tersembunyi.

Sinar Kehidupan,
Adalah hadiah Allah buat setiap insan,
Kerana hidup ini satu anugerah,
Agar kita terus beramal dan bertaubat,
Dalam meraih Syurga Firdausi.

75 Juta Kerja Bakal Pupus.

Assalamuàlaikum dan salam sejahtera. Tergamam juga apabila membaca tajuk Harian Metro Ahad lepas; iaitu 75 juta kerja bakal pupus.

Sumber akhbar Harian Metro

Data di atas menunjukkan pekerjaan yang berbentuk digital dan teknologi tinggi akan menjuarai carta peluang pekerjaan akan datang. Manakala pekerjaan berbentuk pengkeranian dan pentadbiran iaitu yang melibatkan pekerjaan rutin bakal pupus.

So, demi survival anak-anak kita, perlu difikirkan kemahiran apa yang perlu diberikan kepada mereka. Oleh kerana majoriti bidang pekerjaan yang wujud melibatkan kemahiran teknologi, maka mereka perlu lah mahir dengan teknologi seperti membangunkan aplikasi, ‘artificial intelligence’ dan seumpama dengannya. Bawalah anak-anak kita ke seminar atau kem yang melibatkan kemahiran ‘artificial intelligence’ ini seperti kem robotik dan sebagainya.

Satu lagi, sekarang ini permintaan kepada juruterbang dron semakin meningkat.

Secara purata ketika ini setiap juruterbang dron menerima bayaran sekitar RM3,000 setiap bulan dan kadar itu dijangka meningkat pada masa akan datang. Jangan tak tahu, kursus juruterbang dron dijangka ditawarkan menerusi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) seterusnya mengiktiraf peserta sebagai pengendali dron berkelayakan.

Sumber akhbar Metro

So ibu-ibu, kalau ada ada anak-anak kita berminat main dron sebagai hobi, teruskan beri galakan. Mana tahu mereka mampu menjana pendapatan melalui hobi tersebut.

Ada apa di KAISON Setia City Mall, Setia Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika sebelum ini Ida ada berkongsi pengalaman santai-santai di taman Setia City Mall yang luas dan happening; hari ini Ida nak berkongsi cerita pula tentang apa ada di KAISON, Setia City Mall.

Bagi mereka yang dah biasa shopping di KAISON memang akan teruja dengan produk dan barangan yang ada kat sini. Personally speaking, Ida rasa barangan kat sini sangat ‘colourful’, ‘versatil’ dengan harga mampu milik.

Ok lah, mari kita layan antara gambar-gambar barangan yang sempat Ida snap kat sini. Manalah tahu, ada idea nak mendeko rumah nanti.

Variasi bunga-bungaan dalam pasu/bekas yang comel.
Rumput karpet dan hiasan daun-daun yang boleh digantung.
Pokok-pokok hiasan.
Variasi bunga-bungaan yang boleh dipilih.
Variasi keychains.
Variasi bantal-bantal yang comel.
Stationery
Banner/barangan untuk sambut birthday @ special occasions.
Variasi paper bags
Straw yang pelbagai warna dan corak
Costume untuk baby
Tote bag
Printed mug
Glass container/jar
Wallpaper
Cermin pelbagai corak
Gambar lukisan
‘Throw’ yang biasanya diletakkan atas sofa. Boleh juga buat selimut­čśä
Rug dan karpet
Decor tiles
Wall sticker
Trolley letak barang mainan anak
Variasi raga
Pembalut hadiah
Jam tangan yang comel

Menarikkan ! So, apa lagi jom hujung minggu ni kita ke KAISON dan hias rumah/pejabat dengan barangan KAISON yang ‘ceria-ceria’ ni. Orang kata warna-warna ceria ni boleh menaikkan semangat dan motivasi tau.

17 Tips bagaimana mengurus masa dengan efektif.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seringkali kita mengeluh kesuntukan masa dan tidak sempat melakukan sesuatu perkara. Benarkah masa itu tidak cukup? Atau sebenarnya kita ada masalah dalam pengurusan masa? Di sini Ida ada google tentang tips pengurusan masa, dan hasilnya 17 tips dapat diambil tentang tips pengurusan masa yang efektif.

Tetapkan masa untuk setiap tugasan.

– Sebagai contoh anda ingin menulis satu artikel untuk blog anda. Anda hadkan setengah jam untuk hasilkan artikel tersebut. Ini menjadikan kerja yang anda lakukan itu lebih menyeronokkan kerana sudah wujud satu ‘permainan’ atau game disini dengan had masa tersebut.

Buat senarai tugasan yang perlu dilakukan ( To-do-list )

– Satu projek yang dihasilkan adalah manifestasi daripada perkara-perkara kecil yang dilakukan. Dengan membuat senarai tugasan juga menjadikan anda lebih fokus dan seterusnya memberi dorongan dan motivasi kepada anda apabila melihat apa yang telah dicapai dan apa yang belum dicapai lagi.

Membuat Perancangan

– Jika kita tiada perancangan, kita akan menumpukan kepada perkara yang remeh-temeh. Perancangan boleh dilakukan pada waktu malam dan waktu pagi. Pada waktu malam, tetapkan 15 perkara-perkara penting untuk dilakukan pada esok hari. Pada waktu pagi pula, tulis 3 @ 4 perkara penting untuk dilakukan pada hari tersebut dan lakukannya pada waktu di mana anda paling produktif.

Melakukan perkara-perkara yang paling penting pada waktu pagi.

– Waktu pagi adalah masa di mana tenaga anda berada pada tahap tertinggi. Oleh itu adalah wajar tugasan penting tersebut dilakukan pada waktu pagi.

Belajar untuk menyerahkan sesetengah tugasan kepada orang lain.

– Dengan membuat delegasi, anda akan dapat fokus kepada perkara yang lebih penting sebagai contoh perkara yang dapat menjana wang ke dalam poket anda.

Jangan buat kerja separuh jalan.

– Buat kerja separuh jalan menyebabkan banyak masa diperlukan semula untuk menyelesaikan tugasan yang tergendala tadi. Tugasan tadi kemungkinan tergendala kerana melakukan perkara-perkara lain yang tiada kaitan dengan kerja seperti membaca wassap, e-mail, menjawab panggilan telefon dan sebagainya.

Tukar Jadual Anda

– Anda perlu menukar jadual jika ingin mengurus masa dengan baik. Bangun lebih awal adalah baik, contohnya pukul 5 pagi. Pada waktu ini, masa anda dapat digunakan dengan produktif seperti bersenam, membuat rancangan seharian, melihat e-mail tanpa gangguan.

Perlu ada ruang untuk berehat seketika antara tugasan dan mesyuarat.

– Minda manusia hanya dapat fokus dengan baik selama 90 minit pada satu-satu masa. Tanpa ada ruang untuk rehat seketika, adalah sukar untuk fokus dan mengekalkan motivasi.

Menjadi lebih teratur dan membuat satu kerja pada satu-satu masa.

– Menjadi lebih teratur membuatkan kita dapat menjimatkan masa dan duit. Anda juga perlu mengamalkan melakukan satu kerja pada satu-satu masa. ‘Multi-tasking’ adalah penyebab seseorang itu meletakkan benda di tempat yang tidak sepatutnya.

Mengikut peraturan 80~20

– Prinsip Pareto dapat diaplikasikan dalam pengurusan masa dimana 80% hasil adalah 20% daripada tindakan kita. Adalah dicadangkan untuk melihat kepada jadual ‘to-do-list’ setiap hari.

Gunakan kalendar dalam talian.

– Dengan menggunakan kalendar dalam talian, anda dapat mencapainya daripada alat yang pelbagai, dapat membuat jadual mesyuarat dan temujanji dengan mudah dan membuat nota peringatan.

Berhenti menjadi ‘sempurna’.

– Apabila anda cuba menjadi ‘sempurna’, sebenarnya tidak ada yang pernah bagus. Ini bermakna anda akan membuat tugasan yang sama berulang-kali. ‘Sempurna’ tidak pernah wujud. Buat yang terbaik dan teruskan kehidupan.

Katakan ‘Tidak’.

– Jika anda mempunyai banyak kerja untuk dilakukan, maka adalah wajar untuk menolak undangan makan malam atau menolong rakan anda untuk sesuatu projek sehingga anda mempunyai masa lapang.

Terapkan tabiat yang dapat menjadikan anda lebih baik (Keystone habits).

– Tabiat ini merupakan tabiat yang dapat merubah hidup anda seperti bersenam, memantau pemakanan anda, mempunyai rutin harian dan bermeditasi.

Jangan bazirkan masa ‘menunggu’.

– Gunakanlah masa ‘menunggu’ dengan membaca buku-buku berbentuk inspirasi, mendengar podcast atau membuat draf bagi post dalam blog yang berikutnya.

Mencari inspirasi

– Untuk mendapatkan inspirasi, anda boleh membaca buku atau biografi. Ianya cara yang mudah untuk menaikkan semangat dan menjadi lebih bermotivasi.

Buat Sedikit.

– ‘Sedikit’ disini bermaksud lebih baik. Ini dapat dicapai dengan cara memperlahankan rentak kehidupan anda, menjadi lebih sedar tentang apa yang perlu dilakukan dan fokus hanya pada perkara-perkara berkenaan. Apabila anda melakukan sesuatu perkara, jadikan setiap tindakan itu dikira atau bermakna (every action counts).

Kepentingan masa juga dapat dilihat apabila ayat pertama yang turun kepada Baginda Rasulullah SAW juga berkisar tentang persoalan masa; Surah Al-Asr Ayat 1-3:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”.

Jom kita praktikkan tips-tips di atas agar masa yang ada dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, insya-Allah.

Suasana Baru, Kehidupan Baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama Ida tidak berblogging. Maklum sajalah, proses berpindah rumah rupanya mengambil masa yang agak lama. Pertama, proses pertukaran anak ke sekolah yang baru dan keduanya, proses adaptasi itu sendiri dengan suasana yang baru.

Daripada suasana bandar ke suasana yang ala-ala kampung, Ida perlu mengubah sedikit jadual kehidupan bersama anak-anak. Dulunya, hujung-hujung minggu saja kami ke shopping complex yang ada di sekitar Lembah Klang. Kadang tu, window-shopping je­čśü Kini, suasana agak ‘simple’. Kebetulan, kawasan perumahan Ida yang baru ni mempunyai banyak taman, tasik dan bukit-bukau. So, Ida bawalah mereka ke sini. Bermesra dengan alam gitu.

Tasik berhadapan dengan taman perumahan.
Menikmati keindahan tasik sebelum matahari terbenam.
Berjoging di sekitar tasik

Bukit Botak yang menjadi hotspot hikers.

Ramai yang telah berjaya mendaki sampai ke puncak Bukit Botak. Even ada yang kata anak kecil pun boleh sampai ke puncak. Of course lah dengan parents masing-masing kan. Apa pun persediaan mental dan fizikal perlu ada jika nak menceburi diri dalam aktiviti hiking ni. Alhamdulillah, di sini banyak aktiviti joging, berbasikal dan hiking dapat dilakukan. Not to mention, mendengar kuliah-kuliah agama yang kerap dianjurkan oleh masjid. Lagipun, masjid di sini kerap mengundang ustaz tersohor tanahair. Baru-baru ni, Ustaz Azhar Idrus memberi ceramah bertajuk ‘Anak kunci ke Syurga’. Insya-Allah, kalau ada kelapangan Ida akan berkongsi ceramah-ceramah yang diberi dalam blog ini.