Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti awal Muharam baru-baru ni, saya dan anak-anak pergi tengok kondominium Danau Perintis yang masih lagi dalam under-construction di Puncak Alam. Progressnya sudah naik ke tingkat 8.
On the way nak balik ke Shah Alam menggunakan Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, kami singgah sekejap di sales gallery Ecoworld. Saya nak share sikit projek di sini. Pembangunannya sangat menarik. Saya boleh katakan one of its kind. Bagi mereka yang tak begitu familiar dengan Puncak Alam, kawasan ni dalam kategori bandar yang sedang membangun. UITM Puncak Alam benar-benar telah memberi nafas baru kepada Puncak Alam. Perkembangan terkini ialah Super Hospital UITM yang akan dibina di dalam institusi pengajian itu sendiri. Boleh saya katakan flyover dan underpass yang sedang dibangunkan di sana benar-benar akan menjadikan Puncak Alam sebagai permata baru di daerah Kuala Selangor. Kerana potensi-potensi yang ada inilah pemaju tersohor Ecoworld telah membeli tanah dan membangunkan projek kediaman di sana.
Ramai yang beli rumah ni kerana konsep yang ditawarkan. Contohnya terdapat ‘Bridge of Dream’. Bagi mereka yang nak alami suasana macam negara omputih gitu, memang menarik.
Juga ada dragonfly-shaped lake. Cuba tengok bentuk tasiknya, macam bentuk dragonfly kan.
Ok lah, mari kita layan gambar-gambar showroom yang kami telah lawati.
Tu gambar dalam bilik untuk anak. Ada pokok dan boleh bermain dengan buaian daripada tayar gitu.
Jika berminat nak beli, harganya masih lagi di bawah RM 500 ribu bagi jenis Graham, selepas diskaun. Untuk konsep dan fasiliti yang ditawarkan rasanya agar berbaloi dengan harganya. Apa pun, tepuk dada tanyalah poket.