Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya harap pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Kita semua sedia maklum pasaran hartanah 2017 merupakan pasaran yang mencabar terutamanya kepada pelabur-pelabur hartanah yang baru. Saya juga boleh dikatakan newbie dalam pelaburan hartanah.
Malaysia pada ketika ini berada di tahap terbawah dalam kitaran hartanah. Ini kerana berlakunya penawaran yang berlebihan berbanding permintaan. Melalui pembacaan saya dalam majalah iproperty, terdapat beberapa strategi baru yang boleh diambil bagi menghadapi pasaran hartanah yang kian tepu kini.
1. Melihat kepada skim menyewa untuk memiliki (rent – to – own scheme)
– Tidak memerlukan modal.
2. Pembelian secara berkumpulan.
– Strategi yang bagus untuk melindungi duit daripada inflasi. Hal ini kerana pemaju akan menawarkan diskaun yang banyak kepada pembelian secara berkumpulan. Justeru, pembeli dapat memiliki hartanah pada harga yang menarik.
3. Peluang dalam hartanah lelong.
– Kebelakangan ini terdapat banyak hartanah yang dilelong. Pembeli dapat memiliki hartanah tersebut pada harga diskaun sehingga 70% walaupun di kawasan-kawasan yang strategik seperti Mont Kiara dan Sri Hartamas.
Walau apapun strategi yang diambil, pelabur hartanah hendaklah menilai sesuatu hartanah dengan sebaik-baiknya dengan mengambil-kira faktor peningkatan harga, kadar sewa yang stabil, lokasi yang strategik dan juga kawasan kejiranan yang berkualiti.