Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga saya tidak bersiaran, oppss… maksud saya menulis artikel untuk blog ini. Sebenarnya, banyak juga tugasan yang perlu diselesaikan sebelum fajar baru 2018 menyingkap tabirnya.
Akan sampai satu ketika anda sebagai pemilik rumah akan membuat keputusan untuk menjual hartanah anda. Di sini, saya nak kongsi tips-tips bagaimana untuk menjual hartanah tersebut dengan harga yang tinggi. Terima kasih kepada Tuan Azizi Ali yang sudi berkongsi tips ini dalam bukunya “Bagaimana hendak menjadi jutawan hartanah”.
- Mencantikkan hartanah itu.
– Cantik yang saya maksudkan ialah dengan membersihkan kawasan sekeliling baik-baik, cat dinding dengan warna baru, betulkan masalah-masalah seperti paip yang bocor atau tingkap yang pecah, dan wangikan rumah anda dengan sewangi-wanginya.
2. Buat penilaian.
– Tujuan mendapatkan penilaian harga hartanah tersebut adalah supaya ianya tidak dijual di bawah nilai pasaran.
3. Mengiklan.
– Di sini anda mempunyai beberapa pilihan iaitu menyenaraikannya di dalam akhbar, majalah, laman internet atau dengan beberapa ejen hartanah. Jika masa menjadi halangan terbesar anda, maka eloklah menggunakan khidmat ejen hartanah kerana mereka dapat memudahkan urusan anda dengan menunjukkan hartanah itu kepada bakal pembeli, memilih pembeli, berbincang dan menyediakan kebanyakan kertas-kertas rasmi sebaik saja jualan dipersetujui.
Selebihnya anda perlu bersabar kerana hartanah bukanlah jualan yang sikit-sikit nilainya. Mestilah pembeli juga perlu membuat pilihan terbaikkan. Apa pun, jika pembeli sudah jatuh cinta pada hartanah anda, mereka sanggup membelinya dengan nilai yang telah dipersetujui. So, mari upgrade hartanah anda.
Mak saya selalu bagi nasihat yang no 1 tu. Sebelum jual sesuatu, biar nampak benda tu bernilai. Antaranya kena bersihkan dan kemaskan ruang luar dan dalam rumah.
LikeLike
Betul tu En Naziman.
LikeLike
rumah kalau dah kena renovation memang harganya akan naik..
tak ubah suai[un harga boleh naik
LikeLiked by 1 person
Betul tu.
LikeLike