Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang ini ramai orang yang mulai sedar kepentingan pelaburan hartanah bagi menjana kekayaan. Bagi yang telah ada beberapa biji rumah sebagai pelaburan, tahniah saya ucapkan. Memang terbaiklah! Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah, di sini saya nak kongsikan 8 catalyst hartanah yang bakal menjadikan telefon anda tak henti-henti berdering dek panggilan telefon daripada bakal penyewa
1. Mempunyai rangkaian jalanraya yang baik.
– Anda perasan tak hartanah yang dekat dengan keluar masuk jalanraya akan memudahkan orang untuk pergi ke tempat kerja. Selain itu, kemudahan LRT dan MRT juga dapat memendekkan masa perjalanan mereka ke tempat kerja dan seterusnya ini dapat menjimatkan kos.
2. Kewujudan industri.
– Jika terdapat sesuatu industri yang baru nak dibina di satu-satu kawasan, contohnya kilang, oil dan gas, teknologi maklumat, penerbangan dan kewangan, maka anda harus grab peluang keemasan untuk melabur di kawasan tersebut. Sudah pasti, dengan adanya peluang pekerjaan, maka keperluan untuk rumah juga akan meningkat. Ini seterusnya akan meningkatkan nilai sewaan rumah.
3. Pendidikan.
– Kewujudan institusi-institusi pengajian tinggi di sesuatu kawasan akan meningkatkan keperluan rumah bagi pelajar-pelajar, pensyarah dan staf-staf sokongan di sana. Contohnya, Puncak Alam satu ketika dahulu lesu dan tidak bermaya. Tapi kini dengan adanya UITM di sana, Puncak Alam seolah-olah disuntik dengan tenaga baru. Kedai-kedai, pusat komersial dan kewangan mulai tumbuh bagai cendawan selepas hujan turun. Tengok sajalah, pemaju tersohor Ecoworld juga berani bertaruh di kawasan tersebut. Semuanya gara-gara pembinaan UITM, pusat pengajian tinggi.
– Selain itu, sekolah antarabangsa dan sekolah Cina juga adalah catalyst kepada sesuatu kawasan. Logiknya, keluarga yang hantar anak mereka ke sekolah tersebut adalah mereka yang berpendapatan tinggi. Golongan ini mempunyai kuasa beli yang tinggi dan secara tak lansung akan meningkatkan prestij kawasan tersebut dan seterusnya meningkatkan nilai hartanah.
4. Kewujudan pusat ibadah seperti masjid dan sekolah agama.
– Masjid adalah institusi yang amat penting dan dekat di hati mereka yang beragama Islam. Golongan warga emas sudah pasti tertarik dengan rumah yang dekat dengan masjid. Lagi bagus kalau mereka dapat berjalan kaki sahaja ke sana. Contohnya, Masjid Besar di Puncak Alam dan Kristal Height di Shah Alam menjadi tumpuan warga di sekitarnya untuk beribadah. Harga hartanah dan kondominium di situ boleh tahan juga harganya. Contohnya Kondominium Kristal View sudah mencecah harga RM500 ribu ke atas!
-Sekolah agama juga menjadikan amat mudah bagi ibu-bapa untuk menghantar anak masing-masing belajar agama di samping sesi persekolahan biasa.
5. McDonald.
– Sebenarnya McDonald ni perniagaan asasi mereka ialah hartanah. Mereka telah menjalankan kajian demografi penduduk sendiri sebelum membuka cawangan di sesuatu kawasan. Justeru, kalau anda nampak McDonald, maka di situ akan terdapat peningkatan permintaan bagi hartanah.
6. High-end Supermarket.
– Supermarket yang high-end ni biasanya memenuhi keperluan golongan expat dan highclass/up market. Contohnya, BENS Grocer, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer dan sebagainya. Terdapat makanan di situ yang khusus di import dari luar negara.
7. Pusat perubatan.
– Kewujudan pusat perubatan yang specialist memberi peluang kepada mereka yang memerlukan rawatan perubatan yang berkualiti. Umum mengetahui kos perubatan bukanlah murah. Namun bagi mereka yang berada di luar negara, mereka tertarik dengan perubatan pakar di Malaysia di mana ianya bertaraf antarabangsa dan kosnya lebih murah justeru nilai matawangnya yang lebih tinggi berbanding Malaysia.
-Ramai juga yang suka dengan cuaca di Malaysia yang lebih stabil dan kos sara hidup di Malaysia yang lebih murah berbanding di luar negara.
-Justeru, jika anda sebagai pelabur berminat dengan health-care tourism, maka carilah lokasi yang mempunyai pusat perubatan specialist.
8. Projek perumahan yang menawarkan gaya hidup holistik, seimbang dan dekat dengan alam.
– Contohnya, City of Elmina memperuntukkan sebahagian besar kawasannya untuk tujuan rekreasi dan taman. Ianya juga berdekatan dengan 2,700 ekar hutan simpan. Ianya merupakan pembangunan yang paling signifikan dalam Visi Bandar Selangor (Selangor Vision City) dan merupakan catalyst kepada pembangunan sosio-ekonomi disepanjang koridor Guthrie.
-Sudah terang lagi bersuluh perumahan-perumahan disekitarnya juga akan mendapat spill-over bagi projek pembangunan yang holistik ini.
Jadi, sebagai pelabur hartanah, anda perlulah mencari lebih daripada satu booster di sesuatu kawasan untuk menjadikan nilai hartanah anda berdaya-saing tinggi. Selamat mencuba.
Salam, saya dari Hartabumi.com berminat untuk berkolaborasi dengan blog puan. Jika berminat sila hantarkan email kepada saya di aezhad@hartabumi.com
LikeLiked by 1 person