Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti sekolah baru-baru ini, saya dan anak-anak mengambil kesempatan untuk melihat perkembangan construction Kondominium Danau Perintis kami. Macam biasa, masjidlah tempat kami singgah untuk menunaikan kewajipan solat, di samping rehat-rehat sekejap. Oleh kerana kami sampai dalam pukul 10 pagi, maka kami pekena roti canai yang best kat sini. Rotinya lembut dan rangup. Ada 3 jenis kuah disediakan iaitu kuah kari, dal dan sambal. Memang sedap. Kalau mak mertua lalu belakang pun tak sedar.
Saya pekena teh tarik yang bagi saya amat sesuai untuk mereka yang nak kawal pengambilan gula.
Sebenarnya Masjid Puncak Alam ni sangat luas. Tempat solatnya amat selesa waima untuk perempuan mahu pun lelaki. Sampai sahaja di masjid, kita akan nampak pintu gerbangnya yang besar. Ada sekuriti guard lagi yang jaga kat depan.
Tempat wuduk lelaki memang banyak. Sangat selesa tatkala memijak batu-batu kecil yang tersusun semasa nak mengambil wuduk. Kalau anda faham faedah batu-batu kecil ini, ianya sangat baik sebagai refleksologi yang dapat melancarkan pengaliran darah.
Oh ye, lupa nak beritahu, sebenarnya kafe tempat kami makan roti canai tadi bersambung dengan Maahad Tahfiz Ismail.
Selain roti canai yang best, banyak lagi hidangan yang disediakan di sini.
Susun atur kafe ni juga amat menarik. Anda boleh duduk di tempat yang menghadap view bukit dan kawasan menghijau; atau pun boleh menikmati hidangan sambil membaca majalah atau buku yang banyak tersedia di rak-rak kafe ni. Kalau keluarga yang ramai, mereka lebih suka memilih meja bulat besar ala-ala tempat kenduri kahwin.
Kami memilih tempat yang berdekatan dengan tempat permainan kanak-kanak sebab si kecil Adli suka bermain kat situ.
Sebenarnya saya berminat nak daftarkan anak sulung saya Aisyah masuk ke Maahad Tahfiz di sini. So saya walk-in lah tanya bagaimana cara-caranya kemasukan ke sekolah ni. Rupa-rupanya, Maahad Tahfiz Ismail ni hanya menerima pelajar lelaki bagi tingkatan 1 sahaja. Setiap tahun mereka buka permohonan pada bulan Julai dan temuduga pada bulan Oktober. Hanya 30 orang pelajar sahaja yang dipilih bagi tiap-tiap tahun. So, anda faham-faham sajalah ye. Hanya yang terbaik beb ! Insya-Allah, harap-harap si kecil Adli dapat masuk nanti, amiin…
Bagi mereka yang teringin nak hantar anak-anak mereka ke Tahfiz ni, saya ada kongsikan sedikit gambar aktiviti-aktiviti pelajar di sana. Bagi saya memang super class. Iyelah, tahfiz di dalam masjid. Ianya di bawah kendalian Masjid Puncak Alam.
Oh ye, 29 – 31 Disember 2017 ni akan ada konsert nasyid di Masjid Puncak Alam. Banyak aktiviti-aktiviti yang best akan disediakan.
Tak lama lagi, sesiapa yang nak gunting rambut pun boleh datang ke Masjid Puncak Alam. Opening really soon…
Jom ke Masjid Puncak Alam. Serlahkan potensi diri anda di sana !
meriahnyaa. lawaaa sekeliling masjid kan
LikeLike
Memang selesa. Ibadah pun khusyuk, jom.
LikeLike
kawasan persekitarannya nampak bersih je. tenang je rasa. 30 orang je? uishh. memang terbaik lah maahad tu. moga impian sis nak hantar anak sis ke sana tercapai. amin amin
LikeLiked by 1 person
Terima kasih sis azah, amiin…
LikeLike