Bagaimana mendapatkan penyewa yang berkualiti dengan cepat.

 

Gambar rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai di kalangan pelabur baru yang ragu-ragu dan keliru bagaimana nak dapatkan penyewa yang berkualiti dengan cepat. Iyalah, baru pertama kali terjebak dalam bidang pelaburankan.  Tentu ada perasaan was-was dalam hati bila berdepan dengan bakal penyewa. Di sini saya ada himpunkan tips-tips penting bagaimana nak dapatkan penyewa yang berkualiti dengan cepat.

  1. Cantikkan unit anda.

– Cat sangat penting dalam menaikkan seri rumah anda. Untuk menjadikan unit anda lebih menyerlah dalam gambar, berikan tumpuan pada dinding di dalam bilik tidur utama dan di ruang tamu. Catkan dengan warna indah pada kedua-dua dinding tersebut.

– Anda juga boleh mempertimbangkan untuk melengkapkannya secara partial atau fully furnish. Sediakan katil dan tilam, sofa, tv serta lampu hiasan. Anda boleh membeli lampu di IKEA kerana rekaannya sangat menarik dengan harga yang berpatutan.

2. Iklankan rumah anda dalam portal laman web.

– Contohnya iklankan dalam mudah.my, iproperty.com dan sebagainya. Dengan cara ini capaian bakal penyewa anda lebih meluas. Anda dapat bandingkan bakal penyewa anda dengan lebih baik dan efisien. Iyalah, banyak pilihan kot. Tentu anda di antara mereka yang menepati citarasa anda.

3. Saring bakal penyewa anda dengan baik.

– Untuk menjadi jutawan hartanah yang bahagia, adalah penting untuk anda mendapatkan penyewa yang membayar sewa tepat pada masanya dan tidak memberi banyak masalah kepada tuan rumah. Oleh itu, anda wajib memilih bakal penyewa dengan penuh hati-hati.

– Semasa temuduga dengan bakal penyewa, anda boleh bertanyakan pekerjaan mereka (ambil yang kerja tetap saja tau) , kalau student minta nombor telefon ibu-ayah mereka , pastikan mereka dapat bayar sewa dua bulan sebagai deposit sekuriti ( kalau tak dapat cari je penyewa yang lain ) , kalau mereka nak berkongsi rumah itu dengan lima kawan yang lain, jangan terima mereka dan yang paling penting kalau anda rasa getaran negatif pada pertemuan pertama, jangan ambil mereka.

4. Gunakan khidmat ejen hartanah yang berkaliber.

– Kalau anda rasa leceh nak iklankan unit anda sebab tak ada masa atau kurang pengalaman, apa kata gunakan saja khidmat ejen hartanah. Mereka ada listing  dan network yang banyak. Macam mana nak pastikan mereka ni berkaliber ke tak? Anda boleh tanya orang yang pernah gunakan khidmat mereka atau pun anda boleh gunakan beberapa ejen hartanah untuk listingkan unit anda. Sudah pasti kena bayar sedikit komisyen kalau unit anda berjaya disewakan nanti. Nilainya dalam sebulan sewa rumah anda.

Ok lah, harap perkongsian saya pada hari ini dapat memberi semangat baru kepada bakal pelabur di luar sana. Till then , happy investing.

 

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s