Kenapa perlu dapatkan kadar pulangan sewa 6% ke atas.

Padi Box Sekinchan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apabila disebut perkataan pelaburan hartanah, ada 2 jenis keuntungan yang dikejar oleh pelabur hartanah. Keuntungan daripada peningkatan modal dan pulangan daripada hasil sewaan.

Pakar pelaburan hartanah mengatakan kadar pulangan sewa seharusnya melebihi 6%. Persoalannya, bagaimana untuk mengira pulangan sewa 6% ke atas ? Jangan risau, formulanya mudah sahaja iaitu :

Pulangan sewa = kadar pasaran sewa semasa     sebulan × 12 bulan × 100                                                                                     harga jualan rumah

Cth : pulangan sewa = RM 1800 × 12 ×    100                                                                                                                                    RM 322, 000

                                      = 6.7 %

So, ngam-ngam je lah kalau sewakan RM 1800 bagi hartanah yang bernilai RM 322,000. Kalau nak lebih, kenalah letak harga sewa rumah RM 2000 sebulan. Bagi lokasi yang kurang strategik, bolehlah mempertimbangkan untuk buat homestay. Yang penting, dapat rental yield 6% ke atas.

Apa lagi kawan , cubalah survey hartanah mana yang dapat beri kadar pulangan sewa 6% ke atas. Saya doakan pelaburan anda semua sukses.

 

 

 

Advertisement

4 thoughts on “Kenapa perlu dapatkan kadar pulangan sewa 6% ke atas.”

  1. Terima kasih berkongsi puan. Saya sudah membacanya. Cuma nak tanya 2 benda saja.

    1. Adakah harga jualan rumah bersamaan dengan nilai semasa rumah?
    2. Berdasarkan formula tersebut, adakah bermaksud apabila nilai semasa rumah meningkat, perlu naikkan juga kadar sewa untuk kekalkan targeted rental yield?

    Like

    1. Salam En, setahu saya harga jual tk sama dgn harga semasa rumah. Harga jual berdasarkan rundingan antara pembeli dan penjual.
      Di Malaysia , rental yield pd sesetengah lokasi tk berapa tinggi. Apa pn, kita blh buat service Airbnb, homestay, atau sewakan fully atau partly furnish pd students. Saya nk tanya En ada belajar pasal saham, blh saya tahu bagus tk saham dlm suasana ekonomi skrg ni. Tq🙂

      Like

      1. Terima kasih puan berikan penjelasan. Sangat membantu.

        Saham yaa. Saya bukan ahli, dan belum sampai 4 bulan belajar, itupun secara part time. Masih mencari rentak. Jadi tidak pasti ianya bagus atau tidak, Tetapi secara peribadi, saya melihat pasaran saham masih baik terutama dalam beberapa sektor seperti sektor teknologi. Pasaran juga tidak menunjukkan tanda-tanda trend akan menurun.

        Apapun, antara sebab utama saya belajar saham bukan untuk melabur dalam setahun dua ni, tapi selepas habis belajar master. Bila ada modal, terus boleh apply ilmu. Lepas tu, kalau berlaku krisis ekonomi seperti tahun 2008 dan 1998, disitulah masanya saya akan laburkan modal kerana harga tengah diskaun.

        Sambil-sambil tu, saya belajar juga pelaburan hartanah dan emas, tetapi bukan keutamaan buat masa ini. Dengan terhad 24jam yang ada, saya fokuskan pada saham dulu. 🙂

        Like

      2. Salam En , alhamdulillah, gembira mendengar En mendapat manfaat drp perkongsian ilmu ini, mudah-mudahan setitis ilmu yg dikongsi mampu menjadi saham di akhirat kelak, amiin.
        Saya juga pernah membaca buku pakar hartanah En Milan Doshi, katanya saham boleh menjadi roket berkembar dgn pelaburan hartanah dlm menjana kekayaan. Hasil keuntungan saham digunakan dlm pelaburan hartanah pula. Semoga cita2 En menjadi kenyataan. Saya doakan pengajian En berhasil dgn cemerlangnya.☺

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s