Bentuk Pelaburan Hartanah Terbaik 2018.

Yayasan Dakwah Islam Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Kita masih lagi berada di awal tahun 2018. Semoga apa yang dirancangkan pada awal tahun dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, dan semangat untuk berjaya dalam pelaburan masih dapat dikekalkan momentumnya sehingga akhir tahun.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana mendapatkan pulangan pelaburan hartanah yang baik bagi tahun 2018. Menjadi impian setiap pelabur untuk mendapatkan pulangan yang memberangsangkan. Persoalannya, bagaimana dapat dipastikan pelaburan hartanah tersebut adalah baik atau tidak untuk kita. Satu formula yang 99.9% dapat memberi jaminan pulangan yang lumayan kepada pelaburan kita ialah dengan melabur dalam hartanah kondominium di lokasi yang baik. Contohnya, di Bangsar dan Mont Kiara, anda boleh mendapatkan kadar sewa RM4,800 sebulan bagi unit yang kecil. Bagi unit yang besar, anda boleh mencapai sewa sehingga lebih RM10,000 sebulan. Anda akan bertanya, bagaimana nak melabur di kawasan ini ? Di sini, harga hartanah rata-ratanya mahal ! Jawapan saya, anda boleh survey hartanah lelong. Tahun 2018 merupakan pasaran pembeli. Insya-Allah, jika anda perhati betul-betul akan ada hartanah di kawasan ini yang dilelong sebanyak 20% hingga 40% harga pasaran.

Saville @ The Park Bangsar

Jika anda mengimpikan pulangan sewa tinggi ( 7% – 10% setahun ), anda boleh survey apartmen kos rendah dan sederhana yang terletak berhampiran kolej, kilang atau stesen keretapi.

UITM Puncak Alam.jpg

Apa yang saya lihat, membeli hartanah untuk pulangan sewa adalah cara yang terbaik bagi pelaburan hartanah tahun 2018. Kalau ada komen atau pandangan, bolehlah berkongsi di ruangan komen ye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s