Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang ramai di kalangan kita yang masih ‘confius’ sama ada untuk membeli hartanah sekarang atau tunggu dulu. Insya-Allah, artikel pada kali ini cuba untuk menjernihkan kelodak yang masih ada dalam pemikiran masing-masing tentang pelaburan hartanah sekarang ini.
Oklah, kali ini saya ingin membawa pembaca melihat kelebihan membeli hartanah daripada pemaju pada tahun 2018. Saya lihat banyak pemaju sekarang cuba ‘adjust’ semula harga supaya lebih kompetitif dan mampu untuk dimiliki pembeli. Dalam tempoh 2 hingga 3 tahun, hartanah yang dibeli pemaju sekarang akan menikmati kenaikan di antara 10% hingga 20% dengan mengambil kira faedah dan kos pemegangan bagi pembeli. Walau bagai manapun, sebelum anda menggunapakai strategi ini, pastikan anda berhati-hati dengan memilih pemaju yang bereputasi serta memilih lokasi yang mempunyai permintaan yang tinggi. Dalam masa yang sama, jumlah unit-unit yang bakal dibina pula adalah rendah. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya kelebihan penawaran daripada permintaan. Anda perlu melakukan ‘due diligence’ dahulu sebelum menandatangani SPA. Ini kerana, anda boleh memiliki dengan harga yang lebih murah tetapi risiko yang anda ambil amat tinggi.
Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca satu contoh projek yang masih dalam pembinaan iaitu Kondominium Danau Perintis. Kondominium ini saya tempah dengan bayaran booking RM100 sahaja. Kenapa saya pilih Danau Perintis ?
Pertama sekali projek ini dimajukan oleh IJM, sebuah syarikat yang terkenal dalam membangunkan Seremban 2. Danau Perintis ini pula berada di dalam Shah Alam 2 yang berdekatan dengan UITM Puncak Alam.
Ke-2, Danau Perintis ni berkonsepkan ‘resort style of living’. Bila ada konsep resort ni akan ada tanaman yang mengindahkan suasana persekitarannya. Macam ala-ala percutian gitu. Kalau kondominium atau apartmen biasa, terdapat banyak unit yang di sebelah menyebelah. Danau Perintis ni pula adalah ‘Semi-D in the sky’. Maknanya anda hanya mempunyai satu jiran sahaja di sebelah unit anda. Ini dapat memberi privasi bagi anda yang sukakan ketenangan.
Ok lah, insya-Allah nanti saya akan kongsikan lagi daya penarik di sini yang membuatkan saya memilih Danau Perintis, stay tune…
Artikel yang sangat baik. nasib baik untuk awak. Bilakah negara saya boleh seperti itu?
LikeLike
Terima kasih kerana membaca artikel saya. Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusan Tn.
LikeLike