Jalan-jalan ke Setia City Mall, Shah Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Macam mana cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina baru-baru ni? Ida dan anak-anak meluangkan masa di Setia City Mall, Shah Alam sambil mencari tempat makan yang best kat sana. Masa tu teringin nak makan ayam, so kami ke Chicken Rice Shop yang berada di ground floor Setia City Mall.

20180217_152751[1].jpg

Restoren Chicken Rice Shop di sini agak luas, namun oleh kerana cuti sekolah sempena sambutan Tahun Baru Cina menyebabkan ramai orang mengambil kesempatan makan-makan bersama keluarga tercinta. So, agak packlah  restoren pada waktu ni. Bagi anda yang nak makan makanan yang agak healthy, saya memang syorkan chicken rice shop ni. Rasanya pun sedap. Anak-anak pun puas hati.
20180217_150523[1].jpg

Selepas tambah energy, kami pun menuju ke taman Setia City Mall. Sebelum keluar dari pintu utama, kami nampak centre courtnya yang dihias dengan tema sempena sambutan Tahun Baru Cina. Apa lagi, kami pun posing-posing lah sikit kat sana.

20180217_175624[1].jpg

20180217_174830[1].jpg

Ni nak kongsi sikit satu  kebudayaan masyarakat Cina. Mereka akan gantungkan nota di pokok; dimana apa-apa wish yang mereka nak, mereka akan tulis pada nota tersebut.

20180217_175049[1].jpg

Then, kami ke taman Setia City Mall yang memang happening. Anak-anak boleh bermain di taman, bagi ikan makan di kolam dan main giant bubble di tamannya yang luas dan bersih.

20180217_164130[1].jpg

20180217_172651[1].jpg

Alhamdulillah, seronok juga dapat santai-santai di Setia City Mall Shah Alam. Bagi mereka yang belum lagi ke sana, jomlah luangkan masa bersama keluarga tercinta. Selain shopping, anda juga dapat buat aktiviti-aktiviti  yang menarik di tamannya yang luas dan bersih.

Advertisement

2 thoughts on “Jalan-jalan ke Setia City Mall, Shah Alam.”

    1. Betul tu, masa kanak2 mereka cepat berlalu, so gunakanlah kesempatan yg ada mencipta memori indah bersama mrk, insya-Allah.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s