Tips Anak dan Ibu-Bapa Menjelang Peperiksaan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Ida terpanggil untuk menulis satu artikel tentang langkah atau tips yang boleh diambil ibu-bapa dan anak menjelang peperiksaan. Saya faham perasaan kalian kerana insya-Allah anak Ida yang sulung Nur Aisyah juga akan menghadapi peperiksaan UPSR dan PSRA pada tahun ini. So, mudah-mudahan artikel yang ringkas ini dapat memberi satu guideline buat ibu-bapa yang mungkin tak senang duduk memikirkan peperiksaan yang bakal ditempuhi anak masing-masing.

  1. Gunakan fungsi otak kanan dan otak kiri secara optimum.

gambar otak kanan dan kiri.jpg Ida rasa tentu ramai di antara kita faham peranan otak kanan dan kiri. Otak kiri lebih kepada pembacaan dan pengiraan. Manakala otak kanan fokus kepada imaginasi. Anak yang tertekan kerana terlalu banyak belajar perlu berehat dan melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan otak kanan. Contohnya bermain muzik, melukis dan mewarna.

2. Pembelajaran secara output.

Gambar meeting

Anak-anak juga perlu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pembelajaran secara output seperti menggambar, melakar, mengajar kawan dan membuat kad kuiz. Di sekolah anak Ida belajar, guru-guru mereka mewujudkan rakan belajar di mana setiap minggu atau ada masa terluang, mereka akan berkumpul dan study bersama-sama seperti di rumah pelajar atau di perpustakaan awam.

3. Jaga pemakanan anak.

gambar bento

Berikan anak-anak lebih banyak makanan sunnah seperti kurma, bijirin, madu dan susu Jangan skip sarapan kerana badan memerlukan tenaga setelah bangun daripada tidur. Selain daripada itu banyakkan minum air kerana otak memerlukan oksigen untuk belajar.

4. Kurangkan aktiviti luar.

CityOne Shopping Mall.jpg

Cuba kurangkan aktiviti-aktiviti luar seperti membeli-belah, makan di luar dan balik kampung. Ida rasa tang shopping ni mak ayah perlu benar-benar control. Iyelah, kalau shopping siapa yang paling suka, tentu maknya bukan. Kalau nak shopping dengan anak-anak boleh cuma jangan terlalu kerap. Maklumlah masa sangat berharga bagi anak-anak yang nak menghadapi peperiksaan. Berikan mereka ruang dan peluang untuk lebih banyak belajar daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar yang boleh mengambil masa berharga mereka.

5. Reward

REWARD PUASA UNTUK ANAK  3.jpg

Beritahu pada anak-anak apa reward yang akan mereka dapat jika mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Tanya apa yang mereka mahu. Ini akan memberi motivasi dalaman kepada mereka untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Kadang-kala reward lebih berkesan daripada hukuman tau.

6. Beriadah

gambar exercise.jpg

Ha, kalau korang nak tahu beriadah dapat mengaktifkan kedua-dua belah otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Hal ini kerana apabila kita beriadah kita sebenarnya menggunakan hampir keseluruhan bahagian badan. Ida ambil satu contoh yang mudah lah kan. Apabila kita sedang memegang tetikus atau mouse, cuba selang-selikan dengan tangan kanan dan kiri. Perlakuan ini secara tidak lansung dapat mengaktifkan kedua-dua bahagian otak kerana kita memegang ‘mouse’ menggunakan kedua-dua tangan iaitu tangan kanan dan kiri.

7. Solat hajat dan berdoa.

gambar solat.jpg

Apa pun yang paling penting, sebagai orang Islam kita perlulah menyandarkan segala pengharapan kita kepada Allah SWT. Sentiasa menunaikan solat hajat  dan berdoa kepada Allah agar segala usaha kita diberkati olehNya.

Ida rasa setakat ini sahaja tips yang dapat dikongsikan dengan pembaca semua. Jika terdapat apa-apa tambahan tips, atau pun ingin menceritakan pengalaman bagaimana persediaan anda dalam membantu anak-anak menghadapi peperiksaan, bolehlah berkongsi di ruangan komen ye.

 

Advertisement

1 thought on “Tips Anak dan Ibu-Bapa Menjelang Peperiksaan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s