Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya nak berkongsi dengan pembaca satu senario yang sering berlaku kepada mereka yang baru pertama kali hendak membeli rumah. Ok, cuba kita baca kisah di bawah. Kalau ada yang sama dengan pembaca jangan marah ye. Sekadar imaginasi penulis sahaja.
Anis dan Ali baru sahaja mendirikan rumahtangga. Sebagai pengantin baru, semangat untuk memiliki rumah begitu berkobar-kobar di dalam diri mereka. Setelah beberapa minggu melihat di dalam laman web portal hartanah, mudah.my dan iklan di dalam suratkhabar berkenaan rumah untuk dijual, mereka lalu tertarik dengan satu rumah kediaman 2 tingkat di kawasan Cheras yang berharga RM283,000. Setelah set temu-janji dengan agen lalu mereka view hartanah yang menjadi idaman hati. Setelah berpuas-hati dengan keadaan kondisi hartanah tersebut, mereka lalu meletakkan deposit 10% daripada harga rumah iaitu RM28,300.
Anis dan Ali ingatkan itu sahaja wang pendahuluan yang diperlukan untuk membeli rumah. Selebihnya iaitu RM254,700 ( 90% margin pinjaman ) dapat diperolehi daripada bank. Rupa-rupanya mereka harus menyediakan yuran agen (1 %) ; RM2830 dan yuran guaman sebanyak RM12,000. Jadi, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM43,000. Nampak gayanya terpaksalah Anis dan Ali mencari baki jumlah RM14,830 dengan cara meminjam daripada keluarga terdekat atau mana-mana institusi kewangan jika masih menginginkan rumah tersebut.
So, moral of the story, sebelum anda membeli hartanah sub-sale, perlu dipastikan yang anda mempunyai wang untuk yuran agen, sales and purchased legal fee, loan documentation legal fee dan kos renovasi selain daripada deposit pendahuluan.
Baiklah, semoga artikel kali ini dapat memberi bayangan kepada pembaca jumlah wang permulaan yang diperlukan sebelum membeli hartanah sub-sale. Dengan itu, dapatlah pembaca menyimpan wang secara berdikit-dikit bagi mendapatkan hartanah idaman pembaca. Semoga berjaya.
Terima kasih berkongsi. Nampak gayanya saya belum bersedia beli hartanah. hihih.
LikeLike
Takpe, yg penting ada kesedaran utk menabung. Sikit2, lama2 jadi bukit.
LikeLike