Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin mendedahkan rahsia bagaimana untuk menang besar dalam pelaburan hartanah. Rahsianya… jeng…jeng…jeng… ialah dengan mendalami ilmu kitaran pasaran hartanah. Sebelum itu, mari kita lihat carta di bawah.
Berdasarkan carta di atas, kita dapat lihat pasaran hartanah mempunyai 4 kitaran.
- Kitaran hartanah melambung (Boom)
- Kitaran hartanah mengalami penurunan (Slow Down)
- Kitaran hartanah merudum (Slump)
- Kitaran hartanah kembali pulih (Recovery)
Persoalannya, apakah strategi yang patut digunakan pelabur hartanah pada setiap kitaran di atas. Baiklah, mari kita kaji satu persatu.
- Kitaran hartanah melambung (Boom)
– Pada kitaran ini, pelabur seharusnya menjual hartanah kerana pada ketika ini harga hartanah mengalami kenaikan yang tinggi.
2. Kitaran hartanah mengalami penurunan (Slow Down).
– Kemudian, penawaran hartanah meningkat dengan mendadak. Ini membawa kepada penawaran melebihi permintaan. Justeru, harga hartanah mengalami kejatuhan. Strategi pada ketika ini ialah menjual.
3. Kitaran hartanah merudum (Slump).
– Pada ketika ini, rata-rata harga hartanah mengalami penurunan. Strateginya ialah dengan membeli hartanah yang dijual di bawah harga pasaran di lokasi-lokasi yang strategik.
4. Kitaran hartanah kembali pulih (Recovery).
– Harga hartanah kembali meningkat. Justeru itu, strateginya ialah dengan menjual atau memegang hartanah itu untuk menjualnya pada kitaran hartanah ‘Boom’.
Mungkin anda tertanya-tanya, di kitaran hartanah manakah kita berada pada tahun 2018 ? Pada pendapat saya, kita berada di kitaran hartanah merudum (Slump). Jadi pada ketika ini, pelabur sepatutnya mengambil langkah membeli hartanah di lokasi-lokasi yang strategik. Pun begitu, saya ingin menegaskan strategi di atas sekadar cadangan berdasarkan kitaran hartanah dan ianya tidak terpakai pada semua situasi. Hanya boleh dijadikan rujukan sahaja.
Apa pun, saya ingin mengambil senario terkini di Damansara Heights di mana terdapat lebih 100 banglow untuk dijual. Jika difikirkan, tempat tersebut adalah yang paling dikehendaki. Emm… Menarik untuk difikirkan. Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa kawasan yang dikategorikan elit mengalami peningkatan hartanah untuk dijual. Antaranya ialah trend membeli telah berubah di kalangan pembeli muda di mana mereka lebih menyukai kawasan kejiranan baru yang mempunyai rekabentuk yang lebih ‘trendy’ dan mempunyai konsep rumah berpagar dan mempunyai pengawal. Selain itu, ekonomi yang perlahan juga menyebabkan pemilik terpaksa menjual rumah berkenaan. Kesan ’empty nest syndrome’ juga penyebabnya di mana generasi muda yang kian membesar mula berdikari dan keluar daripada rumah untuk menjalani hidup masing-masing. Generasi yang lebih tua seperti ibu dan bapa berasa kesunyian tinggal di rumah besar dan justeru itu berpindah ke apartmen atau kondominium.
Saya harap artikel pada kali ini dapat memberi sedikit ilmu tentang senario pasaran hartanah ketika ini. Jika ada apa-apa pandangan bolehlah berkongsi di ruangan komen ye.
bagus artikel nih… dulu masa nak beli rumah kurang byk org share pasal property.. hhuhuhu laaa ni dah tua tak sempat nak cari and takut komitmen. cukuplah 2 rumah jer… apa pendapat you?
LikeLike
Tq Nini baca artikel saya. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya. Memang beli rumah ni satu komitmen yang besar. Ada yang beli rumah banyak kali dan sewakan rumah tersebut. Jadi, mereka tunjukkan pada bank hasil sewaan tersebut sebahagian daripada pendapatan untuk membolehkan mereka beli rumah lagi. Tapi, kena ada ilmu dulu lah sebelum terlibat dlm pelaburan ni. Saya pun baru masih baru lagi bidang ni, tapi seronok juga bila belajar. Selalu lah singgah blog saya ye.
LikeLiked by 1 person