Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga Ida tak berblogging… dekat 2 minggu juga ye. Alhamdulillah, hari ini dapat juga Ida menaip huruf-huruf di badan laptop acer ni bagi menghasilkan artikel buat tatapan pembaca blog Ida. Bukan apa, dalam 2 minggu ni tugasan harian dan kerja agak banyak. Semuanya perlu diserahkan dalam masa yang terdekat. So, terpaksalah hold on dulu rindu berblogging. Ok lah, mungkin pembaca agak kehairanan dengan tajuk di atas. Boleh kah kebahagiaan dibeli ?Sebenarnya boleh. Nak tahu bagaimana caranya, teruskan bacaan anda.
- Membeli pengalaman.
Apa tu membeli pengalaman ? Baru first time pula dengar. Sebenarnya anda selalu lakukannya pun. Contohnya, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan, pergi berkelah di taman atau berjalan-jalan menyusur pantai. Kajian menunjukkan membeli pengalaman memberi kebahagiaan berpanjangan kerana ia membuatkan kita lebih dekat dengan orang lain. Ala, bukannya makan banyak kos pun. Lagi-lagi jika meluangkan masa dengan anak-anak atau orang tersayang.
2. Manjakan diri anda.
Ok, yang ni Ida mengaku memang susah nak buat. Lagi-lagi kalau ada anak yang masih kecil. Tapi percayalah, dengan melakukannya sekali-sekala dapat memberi keremajaan dan membuatkan anda melihat dunia dengan perspektif yang lebih positif. Cubalah.
3. Membeli masa.
Orang kata, masa itu emas. Malah, lebih berharga daripada emas. Ini kerana sedetik masa berlalu takkan dapat diulang kembali. Namun, anda boleh menjadikan masa yang anda ada lebih berharga. Contohnya, serahkan tugas-tugas yang anda tidak suka lakukan kepada orang lain, dan gunakan masa yang anda ada dengan melakukan perkara-perkara yang menggembirakan diri anda.
Orang yang merasakan mereka mempunyai banyak masa akan cenderung beriadah, membuat kerja-kerja sukarela dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat memberi tahap kebahagiaan yang lebih tinggi.
4. Bayar dahulu, nikmati kemudian.
Apabila anda melaksanakan prinsip bayar dahulu, baru nikmati, secara tak lansung anda telah mengaktifkan perasaan pengharapan (anticipation). Pengharapan yang baik-baik dan indah-indah belaka. Contohnya, makan coklat menjadi lebih enak apabila seseorang itu menunggu beberapa detik. Hutang pula adalah berlawanan dengan prinsip bayar dahulu, baru nikmati. Ia boleh mengurangkan tahap kegembiraan.
5. Melabur untuk orang lain.
Konsep melabur untuk orang lain amat bertepatan dengan prinsip agama Islam iaitu bersedekah. Kajian menunjukkan mereka yang suka memberi dan membuat amal akan mendapat tahap kepuasan yang lebih tinggi dalam hidup. Dalam Islam, apabila anda bersedekah ianya tidak mengurangkan harta anda, tetapi sebaliknya Allah SWT akan memberi ganti yang lebih baik kepada anda. Begitulah besarnya ganjaran bersedekah.
Ok lah, ida harap para pembaca sekalian dapat cuba beramal dengan 5 prinsip di atas bagi meraih kebahagiaan. Anda boleh share artikel ini supaya ramai lagi orang akan menjadi lebih bahagia, insya-Allah.