Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti sekolah seminggu baru-baru ni kami ke trefoil yang terletak berdekatan dengan Setia City Mall. Pada awalnya nak ke Kuala Lumpur, tetapi memandangkan masa yang agak terhad sebab dekat nak hujung cuti dah, kami tukar plan ke Setia Alam je. Best juga lah kat sini. Dengan harga RM200 sehari, bilik yang kami dapat agak cantik. Ala-ala bilik hollywood gitu.
Kat sini anda boleh buat air sendiri sebab kettle dah disediakan, ada freezer dan nak keringkan baju pun boleh sebab mesin pengering baju disediakan. Tapi kami tak guna sebab dah ada kedai dobi layan sendiri di bahagian ground floor.
Ok lah, itu bahagian bilik, kat kawasan swimming pool lagi best. Part ni lah yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Bagi Ida, kalau nak relaks-relaks memang sesuai sangat lah Trefoil ni.
Kalau nak bergymn pun boleh, sambil layan tengok swimming pool yang betul-betul berhadapan dengannya. So, kalau mak ayah nak pergi gym, tak lah risau tinggalkan anak main air kat swimming pool sebab sambil bergymn boleh pantau anak masing-masing. Ida mengambil kesempatan ronda-ronda sekeliling sambil mengambil gambar di kawasan tamannya yang terasa nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasanya. Ini kerana kawasan ini berada di bahagian atas parking kereta dan reception area, jadi ianya agak tinggi. Selain itu, kami dapat menikmati pemandangannya yang menarik dari atas.
Bila dah penat mandi dan bersiar-siar di taman, mula lah memikirkan apa nak dimakan. Mulanya kami bercadang nak makan di Setia City Mall, tapi oleh kerana nak jalan kaki ke sana agak jauh, so kami makan kat sini je lah. Tapi, not bad juga lah makanannya, di samping suasananya yang agak santai dan happening.
Bagi Ida lah. kalau pembaca masih tercari-cari tempat relaks yang santai dan happening, kat Trefoil lah tempatnya. Lagi-lagi kalau pembaca tinggal di kawasan Klang dan Shah Alam, tak perlu cari tempat jauh-jauh sangat nak santai, kat sini pun ada. Anda boleh je pergi ke Setia City Mall kalau nak shopping atau buat aktiviti-aktiviti lain seperti main bowling dan lepak di kawasan tamannya yang luas dan cantik. Terbaiklah.
Oh ye, terima kasih untuk adik yang menaja penginapan di Trefoil ni, lain kali boleh belanja lagi tau, hihihi.
wahhh. siap ada kolam mandi lagi 😀
LikeLiked by 1 person
Memang happening dan santai kt sini, jom.
LikeLike
Homestay ni mcm hotel apartment, kan… very nice! Budak2 seronok betul la, dpt berendam dlm pool berjam2.
LikeLike
Memang best dan happening😊
LikeLike