Teknik Pengumpilan/Leverage terbaik dalam pelaburan hartanah.

ID-100439201

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya hendak bercerita sikit tentang konsep pengumpilan atau ‘leverage’. Salah satu sebab pelaburan yang betul dalam hartanah dapat memberi kekayaan ialah dengan adanya konsep ‘leverage’ ni.

Leverage ni bermaksud anda membuat duit daripada wang yang bukan anda miliki atau dengan kata lain daripada wang yang anda pinjam. Menarik bukan ?! Ok lah, bunyinya bagus, tetapi persoalannya teknik leverage yang mana satukah dapat memberi kesan terbaik?

Baiklah, saya bagi contoh yang simple di sini. Ani mempunyai RM100,000 tunai. Oleh kerana Ani seorang yang celik pelaburan hartanah, dia telah melabur dalam 6 buah kediaman yang dapat memberi positif cashflow. Dia membayar 10% bayaran pendahuluan bagi setiap hartanah tersebut. Ini bermakna jumlah keseluruhan hutangnya RM90,000 × 6 = RM420,000. Jumlah aset keseluruhan Ani ialah RM600,000. Oleh itu Ani mempunyai net worth bernilai Rm180,000. Bayangkan daripada RM100,000 tunai yang Ani mula-mula miliki, dengan menggunapakai konsep leverage, dia berjaya mendapat net worth bernilai RM180,000. Oleh kerana Ani telah memilih hartanahnya dengan baik, ianya dapat memberi aliran tunai yang positif yang mana dapat membayar bayaran gadaijanji kepada bank dan segala perbelanjaan yang berkaitan dengannya.

10 tahun dari sekarang, katakanlah hartanah Ani telah meningkat 2 kali ganda kepada Rm1.2 juta- sesuatu yang boleh dicapai kebiasaannya dalam pelaburan hartanah. Pada waktu itu, hutang Ani juga semakin berkurang. Dalam erti kata lain, Ani telah menjadi seorang jutawan. Inilah keindahan leverage kawan-kawan. Justeru, jom invest, tapi pastikan dahulu ilmu penuh didada ye.

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s