Bagaimana mendapatkan lebih booking melalui platform Airbnb.

apartment-bed-bedroom-439227.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana dengan ibadah puasa yang baru kita semua selesai jalani ? Ida harap kita semua dapat menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik selepas ini. Hakikatnya, bulan Ramadhan merupakan madrasah tarbiah untuk mendidik hati kita menjadi lebih sabar dan bersimpati kepada golongan yang kurang bernasib baik. Semoga selepas ini kita menjadi insan yang lebih lembut dan jinak hatinya untuk menerima cahaya Ilahi, insya-Allah.

Ok lah, hari ini Ida nak tulis berkaitan platform pelaburan yang begitu popular sama-ada di Malaysia mahupun luar negara iaitu platform Airbnb. Kita sedia maklum Airbnb merupakan platform yang mudah bagi pelabur untuk membuat duit melalui bisnes ‘vacation rental’. Pun begitu, kehadiran beribu-ribu malah berpuluh-puluh ribu kediaman yang mengiklankan unit mereka akan mewujudkan persaingan bagi mendapatkan pelanggan. Persoalannya, bagaimana untuk mendapatkan lebih booking melalui platform Airbnb ini ? Jom kita intai tips-tips di bawah. Mudah-mudahan dapat memberi kita sedikit pencerahan bagaimana untuk berjaya dalam industri ini.

1. Jadikan diri anda ‘Superhost’ yang mesra

–  Sentiasa kemaskini profil anda agar lebih menarik. Selain itu, pastikan anda membalas setiap pertanyaan seberapa segera yang boleh dan memberi respon kepada komen-komen yang ada. Dengan ini, pelawat akan lebih tertarik untuk membaca dan melihat posting anda.

2. Dapatkan perabot yang berkualiti dan menarik.

apartment-chairs-comfort-272802.jpg

–   Mengaku sajalah, setiap orang daripada kita mahu melihat sesuatu yang cantik dan menarik di depan mata. Tak terkecuali bagi mereka yang ingin memilih tempat penginapan mereka semasa berada di sesuatu tempat. Sebagai contoh, set kerusi yang dapat menarik perhatian orang boleh menjadikan unit anda lebih menyerlah daripada yang lain. Walaupun mungkin agak mahal, tetapi ianya merupakan pelaburan jangka panjang yang berbaloi.

3. Menjadikan unit anda lebih berseni dan mempunyai nilai artistrik.

bookcase-chairs-clean-667838.jpg

–   Anda tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk menjadikan unit anda lebih berseni. Cukup dengan warna cat yang menarik dan menggantungkan lukisan-lukisan yang unik dapat menjadikan unit anda lebih hangat dan bersedia menerima kehadiran tetamu.

4. Bersihkan bilik air.

bathroom-cabinet-candles-342800.jpg

–   Bilik air yang bersih sangat penting untuk menjadikan unit anda sentiasa menerima kehadiran tetamu. Letakkan tuala yang bersih untuk memberi aura 5 bintang pada unit anda dan jika ada tab mandi jadikan ianya lebih menyerlah.

5. Mengambil gambar unit daripada sudut yang kreatif.

apartment-cabinet-contemporary-1027508.jpg

–  Perkara ini penting kerana gambar yang kreatif dapat menarik perhatian mereka yang melayari beratus-ratus gambar daripada posting yang sama. Sudah tentu anda mahu mereka berada lebih lama pada posting anda bukan.

6. Jika unit anda mempunyai kecantikan dari segi pembinaannya, tayang-tayangkanlah.

apartment-art-chair-1027512.jpg

–   Point ini juga penting kerana keistimewaan yang ada pada unit anda akan menjadikan unit anda sentiasa mendapat tempahan.

7. Pencahayaan dan cermin.

apartment-art-bright-1027516.jpg

–  Cahaya yang banyak menjadikan unit anda menjadi lebih menyerlah. Jika cahaya tidak mencukupi, anda boleh memasang lebih lampu untuk menjadikan unit anda lebih cerah. Cermin juga boleh menjadikan unit anda lebih besar kerana ia membalikkan cahaya semula ke dalam rumah.

8. Jadikan ruang luar / balkoni tempat bersantai.

bench-chairs-daylight-1097174.jpg

–  Anda boleh meletakkan kerusi rehat atau hammock di luar rumah / balkoni kerana sesetengah tetamu dari luar negara seperti Eropah dan Amerika yang negaranya berhawa sejuk akan menghargai pengalaman berjemur di kawasan yang panas atau hangat di ruang balkoni mereka sendiri.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s