Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun hadapan, 2019, insya-Allah Kondominium Danau Perintis akan siap dan berpindah nama kepada tuannya yang baru. Jadi, sebelum mendapat kuncinya, saya perlu ada target apa yang akan saya lakukan apabila hakmilik kondominium tersebut berpindah ke atas nama saya nanti. Adakah pulangan modal atau pulangan sewa yang terbaik untuk kondominium Danau Perintis saya nanti ?
Saya telah membuat kajian melalui beberapa portal laman web hartanah seperti mudah.my, property guru, kenaikan hartanah di Puncak Alam agak memberangsangkan. Saya ingin mengambil satu contgoh apartmen berservis Sentrovue yang mempunyai fasiliti kondominium di Puncak Alam. Apartmen tersebut baru sahaja siap dan harga tawaran untuk disewakan ialah RM1,000 fully furnish. Harga jualan yang mula-mula dilancarkan oleh pemaju ialah RM240,000 ; dengan built-upnya 842 sqft. Sekarang ini kalau dilihat dalam laman web mudah.my dan property guru, harga jualannya boleh menjangkau RM270,000. Walaupun tidak banyak, tetapi agak ok dengan situasi sekarang; iaitu kenaikan 13% dalam satu tahun.
Ok, cuba kita lihat pula Kondominium Danau Perintis. Fasiliti yang ditawarkan ialah kolam renang berserta wading pool, gimnasium, dewan serbaguna, kedai dobi, kafetaria, surau, bilik membaca, tadika, pusat jagaan kanak-kanak, sekuriti guard dan gelanggang badminton. Dengan harga jualan RM320,000 selepas diskaun, insya-Allah , Kondominium Danau Perintis boleh dijual dengan harga RM350,000, peningkatan lebih kurang 10% dalam satu tahun. Oleh kerana built-upnya lebih besar daripada Sentrovue iaitu 889 sqft, insya-Allah, Kondominium Danau Perintis dapat disewakan pada harga RM1,500 sebulan.
Menjawab persoalan di atas, pulangan modal atau pulangan sewa bagi Kondominium Danau Perintis, saya rasa kedua-duanya boleh dipertimbangkan.