Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan Ramadhan baru sahaja berlalu membawa sejuta kemanisan dan kerinduan. Mudah-mudahan, ibadah yang dilakukan pada bulan tersebut akan diterima oleh Allah SWT, insya-Allah.
Di sini Ida nak kongsi pengalaman berbuka puasa di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya yang bagi Ida sangat best dan happening. Kami tiba di masjid agak awal untuk mengelakkan kesesakan dan juga ronda-ronda sekejap sekitar Cyberjaya. Peluang sampai awal digunakan sepenuhnya oleh anak-anak untuk berbasikal di kawasan masjid. Tapi kalau nak berbasikal anda perlu pantau anak-anak ye sebab terdapat kenderaan lau-lalang di sini. Maklumlah kawasan untuk berbasikal berdekatan dengan tempat parking kereta.
Selepas menunaikan solat Asar, Ida ronda-ronda sekitar masjid yang baru sahaja siap pembinaannya. Untuk pengetahuan pembaca, masjid ini dibuka untuk solat Jumaat bermula 13 April 2018.
Masjid ini juga mesra warga emas kerana mereka boleh menaiki lif ke tingkat atas masjid.
Bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang sedang aktif, mereka boleh memantau anak-anak mereka bermain di taman mini yang beralaskan rumput karpet. So, kalau terjatuh taklah sakit sangat. Anak Ida yang kecil, Muhammad Khairul Adli begitu seronok berlari-lari keliling taman bersama kawan-kawannya di sana. Sampai sekarang pun, dia akan bertanya bila ibu nak ke masjid lagi ?
Pukul 6.00 petang, orang ramai semakin penuh di perkarangan masjid untuk berbuka puasa. Mereka mencari tempat masing-masing untuk berbuka puasa bersama keluarga. Hampir pukul 7 petang, orang mula beratur mengambil makanan dan minuman masing-masing.
Alhamdulillah, kami dapat menikmati nasi beriani kambing atau ayam,berserta pemanis mulut kek lapis dan kurma.
Walaupun ringkas, namun pengalaman santai dan happening menggamit hati kami untuk datang kembali ke masjid ini, insya-Allah.
Allahu tenang je saya rasa tengok rumah Allah ni… seronoknya kalau selalu dpr berjemaah kat sini kan sis
LikeLike
Betul tu sis, sentiasa teringin menjadi tetamu Allah. Moga dipermudahkan olehNya, insya-Allah.
LikeLike
berbuka puasa di masjid memang best sangat…
moga kita dipertemukan lagi dalam bulan puasa pada tahun yang mendatang..
kita hanya merancang dan hanya Allah sahaja yang mengetahui
LikeLike
Insya-Allah, niat yang baik akan dipermudahkan olehNya.
LikeLike