Peluang dalam Pelaburan Hartanah- Suku ke-dua 2018.

Rumah comel

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga saya tidak menulis artikel berkenaan pelaburan hartanah. Sejak perhatian terarah kepada pilihanraya umum ke-14 baru-baru ini, saya lebih banyak fokus kepada situasi politik dalam negara.

Apa pun, baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel dalam akhbar ‘The New Straits Times” berkenaan dengan pengumuman kerajaan untuk lebih menekankan kepada pembinaan rumah mampu milik. Saya kira inilah peluang yang ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

Jadi, bagi pembaca yang sedang berkira-kira untuk membeli rumah, ada beberapa tips perlu dipastikan agar peluang anda untuk memiliki rumah pada tahun ini adalah cerah.

  1. Ambil tahu Debt Service Ratio anda.

–  Apa itu DSR ? Burger ke ? Jangan begitu kawan. DSR ni adalah nisbah hutang seseorang berbanding pendapatannya. Bank boleh meluluskan pinjaman sehingga maksima 65% – 70% kadar DSRnya.

Formula pengiraan DSR :-       Jumlah ansuran bulanan     ×     100                                                                                                    Jumlah pendapatan sebulan

Di sini saya ingin memberi satu contoh iaitu Ahmad mempunyai gaji sebanyak RM 5,000. Setelah ditolak potongan cukai berjadual dan KWSP, gaji bersihnya ialah RM 4,500. Beliau perlu membayar pinjaman kereta RM 500 setiap bulan.

DSR   =     500        ×     100                                                                                                                                     4 500

=       1           ×     100                                                                                                                                         9

=    11.1%

2.  Ambil tahu berapakah modal yang diperlukan untuk membeli hartanah                       idaman anda.

– Semua orang nak membeli rumah yang cantik-cantik dan luas. Hakikatnya, kita perlu menilai kemampuan diri sendiri untuk membeli hartanah yang diidamkan. Jadi, cuba pembaca menilai kemampuan masing-masing untuk membeli hartanah berkenaan dengan melihat 3 jenis kategori hartanah dari segi modal iaitu :-

(i) Hartanah tanpa modal.

– Dengan menggunakan teknik mark-up loan, anda dapat memiliki hartanah tanpa modal dengan cara membeli hartanah di bawah harga pasaran. Hakikatnya, ramai di kalangan pelabur hartanah yang berjaya telah menggunakan teknik ini. Contohnya, nilai apartmen Ceria yang ingin dibeli Suraya ialah RM180,000. Harga pasaran ialah RM200,000. Suraya boleh berbincang dengan penjual untuk meletakkan harga RM200,000 dalam SPA.

Harga jual             =   RM180,000

Harga dalam SPA =   RM200,000

Amaun pinjaman =   90% daripada RM200,000

=   RM180,000

Di sini, Surya telah mendapat pinjaman penuh. 10% deposit yang Suraya keluarkan pada mulanya iaitu RM18,000 akan dibayar balik kepada Suraya.

(ii) Hartanah rendah modal.

– Banyak ditawarkan oleh pemaju-pemaju dengan cara pemberian rebat. Contohnya, pemaju Just 2 menawarkan unit kondominium pada harga bermula dari RM500,000. Diskaun yang ditawarkan ialah 9%.

Harga pada SPA       =   RM550,000

Pinjaman                   =   90%   ×   RM550,000

=   RM495,000

Diskaun 9% ialah bersamaan RM49,500. Deposit sepatutnya 10% ; RM55,000.

Deposit sebenar yang perlu dibayar ialah RM55,000 – RM49,500  = RM5,500 (bersamaan 1% sahaja).

(iii) Hartanah modal besar.

(a) Sub-sale

–  Ianya adalah hartanah yang dijual pada harga pasaran. Kebanyakan hartanah adalah berada di dalam lingkungan ini.

  (b) Hartanah under-construction.

–  Harga pada SPA adalah selepas semua diskaun diberikan.

  (c) Hartanah lelongan.

–  10% diperlukan sebagai deposit daripada harga dibida.

Saya doakan pembaca semua dapat mempersiapkan diri dengan tips-tips di atas sebelum apply loan di bank bagi pembelian rumah. Good luck.

 

 

 

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s