Best sangat ke IKEA ni?

ikea.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. IKEA… Siapa yang tak pernah pergi IKEA sila angkat tangan. Ida rasa hampir semua dah pergikan. Kalau pembaca nak tahu IKEA ni berasal dari negara Sweden. Barangan perabot dan kelengkapan rumahnya sangat trendy dengan harga mampu milik. Pembeli boleh ‘mix and match’ barang-barang yang ada di sana untuk disesuaikan dengan citarasa masing-masing.

Selain itu, disediakan juga tips dan tutorial cara-cara menghias rumah dengan menarik dan praktikal. IKEA yang Ida pergi baru-baru ini ialah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Ianya merupakan cawangan pertama yang terdapat di Klang, selain Cheras. Ok lah, sampai sahaja di sini, perkara pertama yang Ida dan anak buat ialah makan. Iyelah,  dari Bandar Puteri, Klang ke Mutiara Damansara  boleh dikatakan agak jauh, dan bila sampai sahaja perut mula memainkan lagu keroncong. Kami ke Cafe IKEA yang terdapat di tingkat pertama. Ida pilih makanan yang agak simple sebab kami berdua je, dan yang pasti ada meatball dan kentang putar berserta mushroom soup yang marvellous.

makan di ikea.jpg

meatball ikea.jpg

Bila dah rasa bertenaga sikit, kami ke kawasan ruang pameran barangan perabot dan kelengkapan di tingkat yang sama. Ida ambil gambar yang berkenan di hati sahaja, maklumlah banyak sangat ruang/bilik pameran yang cantik-cantik. Nanti tak larat pula pembaca nak tengokkan.

cermin glamour.jpg

Lampu-lampu disekeliling cermin tu sebenarnya macam sportlight yang berfungsi untuk menyerlahkan solekan semasa mereka sedang bersolek atau berdandan di hadapan cermin tersebut. Wow, macam artis pula.

Kemudian, kami meninjau-ninjau ruang pameran bilik tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan. Bagi Ida, pemilihan perabot dan susun aturnya sangat kreatif dan mampu merangsang daya kreativiti anak-anak.

bilik tidur girl.jpg

bilik tidur boy.jpg

bilik tidur remaja.jpg

Gambar di atas pula idea bilik tidur remaja atau mereka yang masih bujang trang-trang. Kemas dan menarikkan.

idea balkoni.jpg

Mereka yang mempunyai ruang sempit di luar rumah atau balkoni di kebanyakan kondominium atau apartmen, bolehlah menghias ruang tersebut dengan meja dan kerusi serta rak yang mempamerkan pasu-pasu bunga pelbagai jenis. Sweet and simple.

idea ruang kerja.jpg

Ini pula idea ruang kerja yang sangat praktikal. Semua benda boleh dicapai dari satu tempat je. Sangat menjimatkan masa.

tempat rehat.jpg

Ini pula ruang rehat atau tempat menunggu berhadapan dengan pintu utama IKEA. Sangat sesuai untuk mereka melepaskan penat setelah berjalan-jalan di dalam bangunan IKEA yang luas dan setelah shopping sakan.

kaunter pendaftaran.jpg

Kalau anda tak nak bawa anak yang masih kecil shopping sama, iyelah yang kuat meragam tubisa merosakkan mood shopping kan, bolehlah letak askar-askar tu di tempat permainan kanak-kanak. Anda boleh mendaftar dulu di sini. Tapi, pastikan anak-anak anda berada dalam ketinggian yang tertentu.

kriteria.jpg

Ini pula gambar permainan yang ada dalam play hall kanak-kanak tersebut.

play hall.jpg

play hall 3.jpg

sofa library.jpg

So, apa kata ke IKEA. Banyak pilihan perabot yang menarik hati di sini. Selain makanannya yang best, anda juga boleh mendapat inspirasi bagaimana untuk menhias rumah anda agar lebih trendy dan sophisticated.

Bagaimana beli hartanah tanpa modal yang besar.

Beautiful house.jpeg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun 2008 merupakan tahun yang amat bermakna buat Ida kerana pada tahun itulah impian untuk memiliki hartanah idaman Ida telah tercapai. Dengan hanya bermodalkan RM100 sebagai deposit, hartanah tersebut dengan rasminya menjadi milik Ida, alhamdulillah.

Pada waktu itu, Ida gunakan pinjaman kerajaan dengan kadar faedah 4% setahun. Nilai rumah Ida pada tahun 2008 ketika ianya dibeli ialah RM263,000. Sekarang 2018 pembaca nak tahu tak berapa nilai rumah ini sekarang? Ha… Lebih kurang RM600,000. So, apa moralnya kat sini? Rumah ni merupakan satu aset yang akan meningkat nilainya. Macam tahun 2008, Ida hanya meletakkan RM100 sebagai deposit, dan semasa dalam tempoh pembinaannya, Ida tidak perlu membayar apa-apa sebab pinjaman kerajaan.

Satu lagi, kalau kita tak ada banyak modal nak beli rumah, maka hartanah’underconstruction’ lah jawapannya. Well, dalam hartanah ‘underconstruction’, anda akan diberikan pelbagai diskaun serta pakej seperti diskaun bumiputera, ‘early bird’, diskaun hari perayaan, diskaun pembeli sedia ada, diskaun VVIP dan bermacam jenis lagi.

Sebagai contoh, jika seunit rumah dengan harga jualan RM350,000 diberikan diskaun 10%, maka wang yang sudah dapat dijimatkan di sini ialah RM35,000 dan tiada lagi bayaran pendahuluan sebanyak 10%. Untung bukan. Apabila anda layak mendapat margin pinjaman sebanyak 90 peratus, secara otomatik, anda telah mendapat 100 peratus pinjaman penuh daripada bank. So, apa tunggu lagi kawan, carilah mana-mana hartanah ‘underconstruction’ yang menepati citarasa anda bagi mendapatkan hartanah idaman anda. Selamat mencuba!.

Risiko ‘property bubble’ di Malaysia. Adakah anda masih nak beli rumah tahun ini ?

Image property bubble

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum kita menyelesaikan teka-teki sama-ada ‘property bubble’ akan berlaku atau tidak di Malaysia, seeloknya kita mencari dahulu apakah yang di maksudkan ‘property bubble’.

Apabila permintaan terhadap hartanah berkurangan / stagnant, dan dalam masa yang sama penawaran bertambah,  ini akan menyebabkan kejatuhan harga rumah yang teruk. Seterusnya berlakulah apa yang kita katakan sebagai ‘property bubble’.

Jadi, apakah tanda-tanda ‘property bubble’ akan berlaku di sesebuah negara ? Ok, jom kita semak tanda-tandanya ye.

  1. Apabila berlaku kenaikan harga rumah secara berterusan atau mendadak.

– Pada tahun 2009-2013 memang telah berlaku peningkatan harga hartanah sampai setiap bulan pun. Maka, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan ‘cooling measures’ yang menyebabkan spekulator tidak lagi berada dalam pasaran kerana mereka perlu meletakkan 30% deposit dan bank hanya memberi pinjaman kepada mereka yang berkelayakan sahaja.

– Kalau dahulu di era harga rumah naik saban bulan, agak sukar untuk mencari rumah ‘Below Market Value’ (BMV). Sekarang, kita tidak perlu lagi susah-payah mencari kerana terdapat ejen hartanah yang menawarkan harga rumah di bawah nilai pasaran. Tapi, sudah pasti anda perlu semak nilai rumah tersebut pada harga pasaran terlebih dahulu.

2. Rumah mampu milik semuanya telah tiada.

– Sekarang pilihan rumah mampu milik banyak di pasaran. Cuma anda kena betul-betul layak lah sebelum dapat apply rumah mampu milik ni. Telah banyak insentif yang dilakukan pihak kerajaan sama-ada pusat atau negeri bagi memudahkan orang ramai untuk memiliki kediaman sendiri contohnya PRIMA, MYHome, PPA1M, Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Rumah Selangorku dan Rumah Idaman Rakyat.

Myhome

3. Bank-bank yang mempunyai jumlah ‘Non-performing loan” yang banyak.

– Bank-bank mempunyai kaedah sendiri untuk menentukan sama-ada bank tersebut berada pada trek yang betul dan berdaya-saing. Jika peratus non-performing loan sesuatu bank adalah tinggi, ini menunjukkan bank tersebut menghadapi kesukaran mengutip bayaran daripada peminjamnya, dan ini semestinya tidak bagus untuk bank tersebut. Jadi, anda nilailah sendiri sama-ada bank di Malaysia mempunyai non-performing loan rendah atau tinggi dengan melihat carta di bawah.

chart1537151487193

4. Kadar pengangguran yang tinggi.

– Malaysia mempunyai kadar pengangguran pada sekitar 3%. Ini menunjukkan penduduk Malaysia mempunyai pekerjaan tetap. Sektor perindustrian menjadi penyumbang utama KDNK dengan menyediakan 30% peluang pekerjaan, manakala 50% pendapatan KDNK dijana oleh sektor perkhidmatan.

– Disebabkan ekonomi yang rancak dan pesat membangun, purata KDNK per kapita turut berkembang pada kadar yang lebih tinggi.

kadar penggangguran

Daripada perbincangan di atas, saya kira adalah terlalu awal untuk mengatakan ‘property bubble’ akan berlaku di Malaysia dalam masa yang terdekat. Pun begitu, anda masih perlu mengambil sikap berhati-hati dengan memenuhi ilmu di dada sebelum membeli ‘high big ticket’ seperti hartanah dan juga sentiasa melihat perkembangan politik dan ekonomi di Malaysia, mahu pun dunia amnya. Apa pun,’ happy investing with an open heart’ and mind’.

Siapa Nissa Sabyan yang terkenal dengan lagu-lagu dakwah dan Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa itu Nissa Sabyan? Kalau pembaca nak tahu, Nissa Sabyan telah menjadi fenomena seantero dunia. Lagu-lagu dakwah dan selawat kepada baginda Rasulullah s.a.w. beliau telah meniti di bibir setiap peminatnya. Kalau anda nak tahu, peminatnya pula bukan sahaja Muslim, tetapi non-muslim juga. Wah! Hebat bangat gadis kecil molek yang berasal dari Jakarta ini. Syabas akak ucapkan Nissa.

Nissa Sabyan

Ok, ini biodatanya secara ringkas. Nama sebenarnya ialah Khairunnisa. Gadis pesantren yang sering menjadi penyanyi gambus ini adalah salah seorang anggota muzik bernama Sabyan yang menampilkan rentak muzik Timur Tengah. Suaranya tidak dinafikan lagi amat merdu persis penyanyi Timur Tengah.

Nissa mempunyai stail berhijab yang unik; di mana beliau sering memakai pakaian syar’i.  Beliau menampilkan peribadi muslimah dengan pakaiannya yang menutup aurat, namun masih segar dan trendy.

Imej trendy Nissa Sabyan

Nissa mempunyai prinsip yang tersendiri dalam berpakaian. Mengapa saya berkata demikian? Walaupun terkenal, Nissa agak jarang menerima pelawaan daripada pereka-pereka fesyen atau butik pakaian untuk mempromosikan produk mereka. Padahal Nissa mampu mendapat bayaran yang lumayan hasil daripada promosi tersebut. Oleh itu, pakaian yang dipakainya semasa persembahan adalah ‘mix and match’ dan mengikut tastenya yang tersendiri.

Trendy Nissa

Gaya Nissa

persembahan nissa

Nissa boleh dikatakan role-model wanita yang berjaya di mana walaupun popular sebagai penyanyi yang terkenal, Nissa adalah bekas siswi SMK jurusan elektronik dan automatif. So, Nissa ni penyanyi yang mempunyai pakej lengkap ye.

siswi.jpg

Walaupun Nissa nampak sangat muda, beliau sebenarnya sudah berumur 19 tahun, dan baru sahaja melansungkan perkahwinan dengan pemuda pilihan hatinya.

Nissa sudah kahwin.jpg

Oklah, akak doakan Nissa dan suami bahagia hingga ke jannah dan sentiasa sukses dalam kariernya. Oh ye, Nissa dan group muziknya telah melancarkan single pertama mereka yang berjudul Ya Maulana. Saya percaya, akan banyak lagi lagu-lagu yang berbentuk dakwah akan dinyanyikan oleh Nissa Sabyan. Kita tunggu dan lihat…

Oklah, jom kita layan lagu lemak merdu Nissa Sabyan.

 

 

 

 

 

 

 

Caj di klinik swasta naik 3 kali ganda pada tahun hadapan. Pastikan anda melakukan 7 perkara ini untuk elak kerap ke klinik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum tu, izinkan saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1440. Semoga pada tahun baru hijrah ini kita akan menjadi manusia yang lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya dan mampu menyumbang kepada bangsa, agama dan negara. Berbalik kepada topik kita pada kali ini, saya tahu anda pasti mengeluh tengok bil-bil hospital kerajaan dan swasta yang sentiasa meroket naik (Psss… Roket pun tak naik macam ni, huhuhu) . So, nak buat apa ye? Tak pergi hospital atau klinik nanti badan yang sakit. Nak tak nak kena hadaplah ye. Cuba tengok keratan akhbar berkenaan caj klinik swasta yang akan naik 3 kali ganda pada tahun hadapan. Mahu menangis dibuatnya.

caj klinik swasta meningkat

Kalau ditengok bil-bil hospital dan swasta yang terpampang di dada-dada akhbar mahu berkerut dahi dibuatnya. Bil pula bukanlah boleh dibayar dengan harga nasi lemak, malah berpuluh-puluh ribu lemonnya.

Contoh-contoh bil hospital.png

Ini diburukkan lagi dengan hakikat di mana kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. (Psss… Jangan kata abang tak payung)

Oklah, cukup… cukup… mungkin anda berkata saya dah faham, saya percaya, bagi jelah tips macam mana nak elak pergi hospital atau klinik swasta ni. Relaks dulu kawan, tipsnya begini…

  1. Minum lapan gelas air sehari.

 

water.jpg

Direkodkan oleh Rafi bin Khadij, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demam adalah sebahagian daripada panas api neraka, maka redakan demam dengan air”. Namun, kebanyakan daripada kita akan mengambil ubat apabila demam. Demam akan berkurang, tetapi apakah kesan pil-pil tersebut pada organ dalaman kita? Pasti tak elok bukan! Antara manfaat minum air putih ialah dapat memperkuat sistem pertahanan badan. Apabila sistem pertahanan badan anda berada di tahap optimum, insya-Allah anda akan terhindar daripada pelbagai penyakit.

2. Mengamalkan pengambilan madu.

Honey.jpg

Khasiat madu memang banyak sekali. Sebagai contoh jika anda selsema, dengan mengambil madu akan menghilangkan kahak batuk. Bukan itu saja, sakit mata juga dapat dirawat dengan madu. Caranya mudah saja, titiskan satu titis madu ke dalam mata pada waktu pagi dan sebelum tidur dan wallah… anda dapat mencegah jangkitan mata. Justeru, kalau anda serius untuk menjaga kesihatan, maka ambillah madu. Selain daripada rasanya yang lazat, ia dapat menyingkirkan zat-zat dan campuran berbahaya dari perut kita.

3. Ambillah Habbatussauda, anda akan awet muda dan bertenaga.

Habbatussauda

Daripada Shahih Bukhari, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Terdapat penyembuhan dalam biji jintan hitam untuk semua penyakit, kecuali mati”.

Oklah, apa kandungan yang terdapat dalam habbatussauda yang menyebabkan ianya begitu bernilai sekali? Biji jintan hitam ini mempunyai kalsium, kalium, besi, zink, magnesium, selenium yang membantu menghalang kerosakan DNA, vitamin A, vitamin B, vitamin B2, vitamin B3, dan vitamin C. Cara-cara pengambilannya pula ialah satu sudu teh biji jintan hitam ditambah dengan dua susu teh madu asli. Minum 2 kali sehari untuk penjagaan kesihatan yang baik dan meningkatkan stamina serta tenaga.

4. Say ‘No’ to MSG.

Msg

Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia seperti aspartame dan MSG. Ia adalah racun kepada tubuh badan dan menyebabkan kita sakit.

5. Jangan malas bersukan.

playing sport.jpeg

Saya tahu ramai dikalangan kita yang tak berapa suka bersukan. Mereka lebih rela duduk atas sofa mengadap skrin televisyen di rumah daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Tapi tahukah anda aktiviti-aktiviti yang meningkatkan peredaran darah mampu meningkatkan respirasi. Selain itu, bersukan menghilangkan kotoran daripada aliran darah tubuh dan jaringan, sehingga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

6. Makan makanan berkhasiat dan organik.

Fruits.jpeg

Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran. Fakta di atas tidak perlu dipertikaikan lagi. Cubalah anda berjinak-jinak dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan variasikan ianya dalam masakan anda. Jika anda kreatif, anak-anak atau pasangan anda tentu suka makan olahan sayuran atau buah-buahan yang disediakan oleh anda. Kalau anda dah mengamalkannya, tahniah saya ucapkan.

7. Sinaran matahari yang minimum baik untuk anda.

rays of sun.jpeg

Berjemur di bawah sinaran matahari selam 15 hingga 30 minit, dua atau tiga kali seminggu dapat meningkatkan vitamin D. Dengan cara ini juga, demam dapat dicegah dan anda tidak perlu mengambil suplemen seperti vitamin yang mempunyai potensi menyebabkan vitamin D yang berlebihan.

Semoga artikel di atas bermanfaat untuk kita amalkan, insya-Allah. Jika anda juga merasakan artikel di atas bermanfaat untuk anda, silakan aje share, “Sharing is Caring” tau.

Tips untuk mencapai kebebasan kewangan, bersara awal dan melakukan apa yang anda suka.

financial freedom.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum coretan ini menjadi agak panjang lebar, mahu saya mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua warga Malaysia; Happy Independence Day !

Bercakap mengenai kemerdekaan, saya rasa ramai di kalangan kita yang begitu teringin untuk mencapai kebebasan kewangan, bersara awal daripada pekerjaan di mana anda tidak perlu lagi bersiap siaga sedari awal pagi ke pejabat, menempuh jem yang teruk di jalan raya, dan berada di pejabat berjam-jam lamanya hanya untuk mengkayakan orang lain. Tetapi anda buntu. Bagaimana untuk melakukannya ? Well, saya ada berita baik untuk anda. Terdapat satu teknik yang boleh membawa anda ke gerbang persaraan awal; iaitu teknik FIRE  (Achieving Financial Independence Early). Teknik ini banyak dilakukan di negara Barat contohnya Amerika. Jika anda tergolong di kalangan mereka yang berjiwa kental, anda boleh aplikasikan teknik ini dengan mudah.

  1. Simpan sekurang-kurangnya 50% daripada pendapatan anda.

image saving

Anda seharusnya membuat simpanan sekurang-kurangnya 50% daripada pendapatan bulanan anda. Contohnya, jika pendapatan bersih anda RM4,000 sebulan, maka anda perlu menyimpan RM2,000 di dalam bank, dan RM2,000 lagi untuk perbelanjaan seharian anda.

2. Menjalani gaya hidup yang sederhana / berjimat-cermat.

frugal living

Di sini, ada yang fokus kepada mengurangkan perbelanjaan, dan ada pula yang mengambil kerja tambahan (side hustles) untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

3. Target untuk membuat apa yang anda suka setelah mencapai kebebasan                        kewangan.

ski time

Pengikut FIRE akan melakukan perkara yang mereka suka setelah mencapai kebebasan kewangan, contohnya menulis dan membuat persembahan. Mereka tidak kisah sangat dengan pendapatan yang diperolehi hasil daripada kerja yang mereka suka tersebut kerana simpanan mereka sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian mereka.

Oh, ye, mereka yang kerap melakukan teknik FIRE ini biasanya seorang yang berdikari, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, berdaya saing, sentiasa kehadapan dan berdisiplin. Jika anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan teknik FIRE ini, boleh lah rujuk blog ‘Millenial Money Blog’ yang terkenal dengan DIY projek seperti menanam sayur-sayuran, renovasi rumah, membuat perabot sendiri, bersenam, membaca dan mengambil penyelidikan untuk pelbagai projek.

Pada hemat saya, dengan menjadi pengikut teknik FIRE ini anda akan berkembang menjadi individu yang lebih berketrampilan dan siapa tahu dengan melakukan apa yang anda suka, anda dapat menjadi usahawan yang menjana jutaan duit ke dalam akaun bank anda. Apa pun, pengikut FIRE lebih mendapat kepuasan di dalam hidup mereka, pada pandangan anda pula bagaimana ?