Caj di klinik swasta naik 3 kali ganda pada tahun hadapan. Pastikan anda melakukan 7 perkara ini untuk elak kerap ke klinik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum tu, izinkan saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1440. Semoga pada tahun baru hijrah ini kita akan menjadi manusia yang lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya dan mampu menyumbang kepada bangsa, agama dan negara. Berbalik kepada topik kita pada kali ini, saya tahu anda pasti mengeluh tengok bil-bil hospital kerajaan dan swasta yang sentiasa meroket naik (Psss… Roket pun tak naik macam ni, huhuhu) . So, nak buat apa ye? Tak pergi hospital atau klinik nanti badan yang sakit. Nak tak nak kena hadaplah ye. Cuba tengok keratan akhbar berkenaan caj klinik swasta yang akan naik 3 kali ganda pada tahun hadapan. Mahu menangis dibuatnya.

caj klinik swasta meningkat

Kalau ditengok bil-bil hospital dan swasta yang terpampang di dada-dada akhbar mahu berkerut dahi dibuatnya. Bil pula bukanlah boleh dibayar dengan harga nasi lemak, malah berpuluh-puluh ribu lemonnya.

Contoh-contoh bil hospital.png

Ini diburukkan lagi dengan hakikat di mana kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. (Psss… Jangan kata abang tak payung)

Oklah, cukup… cukup… mungkin anda berkata saya dah faham, saya percaya, bagi jelah tips macam mana nak elak pergi hospital atau klinik swasta ni. Relaks dulu kawan, tipsnya begini…

  1. Minum lapan gelas air sehari.

 

water.jpg

Direkodkan oleh Rafi bin Khadij, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demam adalah sebahagian daripada panas api neraka, maka redakan demam dengan air”. Namun, kebanyakan daripada kita akan mengambil ubat apabila demam. Demam akan berkurang, tetapi apakah kesan pil-pil tersebut pada organ dalaman kita? Pasti tak elok bukan! Antara manfaat minum air putih ialah dapat memperkuat sistem pertahanan badan. Apabila sistem pertahanan badan anda berada di tahap optimum, insya-Allah anda akan terhindar daripada pelbagai penyakit.

2. Mengamalkan pengambilan madu.

Honey.jpg

Khasiat madu memang banyak sekali. Sebagai contoh jika anda selsema, dengan mengambil madu akan menghilangkan kahak batuk. Bukan itu saja, sakit mata juga dapat dirawat dengan madu. Caranya mudah saja, titiskan satu titis madu ke dalam mata pada waktu pagi dan sebelum tidur dan wallah… anda dapat mencegah jangkitan mata. Justeru, kalau anda serius untuk menjaga kesihatan, maka ambillah madu. Selain daripada rasanya yang lazat, ia dapat menyingkirkan zat-zat dan campuran berbahaya dari perut kita.

3. Ambillah Habbatussauda, anda akan awet muda dan bertenaga.

Habbatussauda

Daripada Shahih Bukhari, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Terdapat penyembuhan dalam biji jintan hitam untuk semua penyakit, kecuali mati”.

Oklah, apa kandungan yang terdapat dalam habbatussauda yang menyebabkan ianya begitu bernilai sekali? Biji jintan hitam ini mempunyai kalsium, kalium, besi, zink, magnesium, selenium yang membantu menghalang kerosakan DNA, vitamin A, vitamin B, vitamin B2, vitamin B3, dan vitamin C. Cara-cara pengambilannya pula ialah satu sudu teh biji jintan hitam ditambah dengan dua susu teh madu asli. Minum 2 kali sehari untuk penjagaan kesihatan yang baik dan meningkatkan stamina serta tenaga.

4. Say ‘No’ to MSG.

Msg

Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia seperti aspartame dan MSG. Ia adalah racun kepada tubuh badan dan menyebabkan kita sakit.

5. Jangan malas bersukan.

playing sport.jpeg

Saya tahu ramai dikalangan kita yang tak berapa suka bersukan. Mereka lebih rela duduk atas sofa mengadap skrin televisyen di rumah daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Tapi tahukah anda aktiviti-aktiviti yang meningkatkan peredaran darah mampu meningkatkan respirasi. Selain itu, bersukan menghilangkan kotoran daripada aliran darah tubuh dan jaringan, sehingga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

6. Makan makanan berkhasiat dan organik.

Fruits.jpeg

Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran. Fakta di atas tidak perlu dipertikaikan lagi. Cubalah anda berjinak-jinak dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan variasikan ianya dalam masakan anda. Jika anda kreatif, anak-anak atau pasangan anda tentu suka makan olahan sayuran atau buah-buahan yang disediakan oleh anda. Kalau anda dah mengamalkannya, tahniah saya ucapkan.

7. Sinaran matahari yang minimum baik untuk anda.

rays of sun.jpeg

Berjemur di bawah sinaran matahari selam 15 hingga 30 minit, dua atau tiga kali seminggu dapat meningkatkan vitamin D. Dengan cara ini juga, demam dapat dicegah dan anda tidak perlu mengambil suplemen seperti vitamin yang mempunyai potensi menyebabkan vitamin D yang berlebihan.

Semoga artikel di atas bermanfaat untuk kita amalkan, insya-Allah. Jika anda juga merasakan artikel di atas bermanfaat untuk anda, silakan aje share, “Sharing is Caring” tau.