Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa itu Nissa Sabyan? Kalau pembaca nak tahu, Nissa Sabyan telah menjadi fenomena seantero dunia. Lagu-lagu dakwah dan selawat kepada baginda Rasulullah s.a.w. beliau telah meniti di bibir setiap peminatnya. Kalau anda nak tahu, peminatnya pula bukan sahaja Muslim, tetapi non-muslim juga. Wah! Hebat bangat gadis kecil molek yang berasal dari Jakarta ini. Syabas akak ucapkan Nissa.
Ok, ini biodatanya secara ringkas. Nama sebenarnya ialah Khairunnisa. Gadis pesantren yang sering menjadi penyanyi gambus ini adalah salah seorang anggota muzik bernama Sabyan yang menampilkan rentak muzik Timur Tengah. Suaranya tidak dinafikan lagi amat merdu persis penyanyi Timur Tengah.
Nissa mempunyai stail berhijab yang unik; di mana beliau sering memakai pakaian syar’i. Beliau menampilkan peribadi muslimah dengan pakaiannya yang menutup aurat, namun masih segar dan trendy.
Nissa mempunyai prinsip yang tersendiri dalam berpakaian. Mengapa saya berkata demikian? Walaupun terkenal, Nissa agak jarang menerima pelawaan daripada pereka-pereka fesyen atau butik pakaian untuk mempromosikan produk mereka. Padahal Nissa mampu mendapat bayaran yang lumayan hasil daripada promosi tersebut. Oleh itu, pakaian yang dipakainya semasa persembahan adalah ‘mix and match’ dan mengikut tastenya yang tersendiri.
Nissa boleh dikatakan role-model wanita yang berjaya di mana walaupun popular sebagai penyanyi yang terkenal, Nissa adalah bekas siswi SMK jurusan elektronik dan automatif. So, Nissa ni penyanyi yang mempunyai pakej lengkap ye.
Walaupun Nissa nampak sangat muda, beliau sebenarnya sudah berumur 19 tahun, dan baru sahaja melansungkan perkahwinan dengan pemuda pilihan hatinya.
Oklah, akak doakan Nissa dan suami bahagia hingga ke jannah dan sentiasa sukses dalam kariernya. Oh ye, Nissa dan group muziknya telah melancarkan single pertama mereka yang berjudul Ya Maulana. Saya percaya, akan banyak lagi lagu-lagu yang berbentuk dakwah akan dinyanyikan oleh Nissa Sabyan. Kita tunggu dan lihat…
Oklah, jom kita layan lagu lemak merdu Nissa Sabyan.
Oh udah menikah Nissa Sabyan ini tuh, semoga samawa ya, … kalau sempat mampir ke blog saya di https://www.febrianammar.com/ ya, terima kasih 🙂
LikeLike
Tq, singgah di blog. Moga bermanfaat perkongsiannya.
LikeLike