Risiko ‘property bubble’ di Malaysia. Adakah anda masih nak beli rumah tahun ini ?

Image property bubble

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum kita menyelesaikan teka-teki sama-ada ‘property bubble’ akan berlaku atau tidak di Malaysia, seeloknya kita mencari dahulu apakah yang di maksudkan ‘property bubble’.

Apabila permintaan terhadap hartanah berkurangan / stagnant, dan dalam masa yang sama penawaran bertambah,  ini akan menyebabkan kejatuhan harga rumah yang teruk. Seterusnya berlakulah apa yang kita katakan sebagai ‘property bubble’.

Jadi, apakah tanda-tanda ‘property bubble’ akan berlaku di sesebuah negara ? Ok, jom kita semak tanda-tandanya ye.

  1. Apabila berlaku kenaikan harga rumah secara berterusan atau mendadak.

– Pada tahun 2009-2013 memang telah berlaku peningkatan harga hartanah sampai setiap bulan pun. Maka, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan ‘cooling measures’ yang menyebabkan spekulator tidak lagi berada dalam pasaran kerana mereka perlu meletakkan 30% deposit dan bank hanya memberi pinjaman kepada mereka yang berkelayakan sahaja.

– Kalau dahulu di era harga rumah naik saban bulan, agak sukar untuk mencari rumah ‘Below Market Value’ (BMV). Sekarang, kita tidak perlu lagi susah-payah mencari kerana terdapat ejen hartanah yang menawarkan harga rumah di bawah nilai pasaran. Tapi, sudah pasti anda perlu semak nilai rumah tersebut pada harga pasaran terlebih dahulu.

2. Rumah mampu milik semuanya telah tiada.

– Sekarang pilihan rumah mampu milik banyak di pasaran. Cuma anda kena betul-betul layak lah sebelum dapat apply rumah mampu milik ni. Telah banyak insentif yang dilakukan pihak kerajaan sama-ada pusat atau negeri bagi memudahkan orang ramai untuk memiliki kediaman sendiri contohnya PRIMA, MYHome, PPA1M, Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Rumah Selangorku dan Rumah Idaman Rakyat.

Myhome

3. Bank-bank yang mempunyai jumlah ‘Non-performing loan” yang banyak.

– Bank-bank mempunyai kaedah sendiri untuk menentukan sama-ada bank tersebut berada pada trek yang betul dan berdaya-saing. Jika peratus non-performing loan sesuatu bank adalah tinggi, ini menunjukkan bank tersebut menghadapi kesukaran mengutip bayaran daripada peminjamnya, dan ini semestinya tidak bagus untuk bank tersebut. Jadi, anda nilailah sendiri sama-ada bank di Malaysia mempunyai non-performing loan rendah atau tinggi dengan melihat carta di bawah.

chart1537151487193

4. Kadar pengangguran yang tinggi.

– Malaysia mempunyai kadar pengangguran pada sekitar 3%. Ini menunjukkan penduduk Malaysia mempunyai pekerjaan tetap. Sektor perindustrian menjadi penyumbang utama KDNK dengan menyediakan 30% peluang pekerjaan, manakala 50% pendapatan KDNK dijana oleh sektor perkhidmatan.

– Disebabkan ekonomi yang rancak dan pesat membangun, purata KDNK per kapita turut berkembang pada kadar yang lebih tinggi.

kadar penggangguran

Daripada perbincangan di atas, saya kira adalah terlalu awal untuk mengatakan ‘property bubble’ akan berlaku di Malaysia dalam masa yang terdekat. Pun begitu, anda masih perlu mengambil sikap berhati-hati dengan memenuhi ilmu di dada sebelum membeli ‘high big ticket’ seperti hartanah dan juga sentiasa melihat perkembangan politik dan ekonomi di Malaysia, mahu pun dunia amnya. Apa pun,’ happy investing with an open heart’ and mind’.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s