Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun 2008 merupakan tahun yang amat bermakna buat Ida kerana pada tahun itulah impian untuk memiliki hartanah idaman Ida telah tercapai. Dengan hanya bermodalkan RM100 sebagai deposit, hartanah tersebut dengan rasminya menjadi milik Ida, alhamdulillah.
Pada waktu itu, Ida gunakan pinjaman kerajaan dengan kadar faedah 4% setahun. Nilai rumah Ida pada tahun 2008 ketika ianya dibeli ialah RM263,000. Sekarang 2018 pembaca nak tahu tak berapa nilai rumah ini sekarang? Ha… Lebih kurang RM600,000. So, apa moralnya kat sini? Rumah ni merupakan satu aset yang akan meningkat nilainya. Macam tahun 2008, Ida hanya meletakkan RM100 sebagai deposit, dan semasa dalam tempoh pembinaannya, Ida tidak perlu membayar apa-apa sebab pinjaman kerajaan.
Satu lagi, kalau kita tak ada banyak modal nak beli rumah, maka hartanah’underconstruction’ lah jawapannya. Well, dalam hartanah ‘underconstruction’, anda akan diberikan pelbagai diskaun serta pakej seperti diskaun bumiputera, ‘early bird’, diskaun hari perayaan, diskaun pembeli sedia ada, diskaun VVIP dan bermacam jenis lagi.
Sebagai contoh, jika seunit rumah dengan harga jualan RM350,000 diberikan diskaun 10%, maka wang yang sudah dapat dijimatkan di sini ialah RM35,000 dan tiada lagi bayaran pendahuluan sebanyak 10%. Untung bukan. Apabila anda layak mendapat margin pinjaman sebanyak 90 peratus, secara otomatik, anda telah mendapat 100 peratus pinjaman penuh daripada bank. So, apa tunggu lagi kawan, carilah mana-mana hartanah ‘underconstruction’ yang menepati citarasa anda bagi mendapatkan hartanah idaman anda. Selamat mencuba!.