Baca artikel ini dahulu sebelum anda beli hartanah di UK dan Hong Kong.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda teringin untuk membeli hartanah di London atau Hong Kong ? Sememangnya hartanah di sana adalah mahal. Tapi, kalau anda mempunyai aspirasi untuk menghantar anak anda belajar di sana, maka dengan mempunyai hartanah di situ, anda mungkin dapat menjimatkan kos.

Oklah, sebelum anda meletakkan duit dalam pasaran hartanah di sana, cuba baca dahulu artikel yang saya tulis berkenaan pasaran hartanah di sana.

property market in uk.jpeg

London merupakan ibu negara United Kingdom. Bangunan-bangunan di sana mempunyai kombinasi tradisional dan baru. Contohnya ‘City of London’ merupakan pusat bandar lama. Di sana anda boleh berjalan-jalan di lorong-lorong sebelah bangunan lama dan baru. Pengalaman yang sangat unik.

Ledakan pasaran hartanah di London berlaku apabila kerajaan memberi subsidi kepada pembeli, pembiayaan yang murah dan juga ikrar janji di kalangan pelabur yang harga rumah tidak akan turun. Ini menyebabkan harga rumah menjadi mahal. Brexit di UK merupakan usaha yang dilakukan kerajaan untuk mengeluarkan lebih banyak rumah. Dengan ini diharap harga rumah akan menjadi lebih murah. Tapi harapan cuma tinggal harapan sahaja apabila harga rumah di UK sekarang 150% lebih tinggi berbanding 20 tahun yang lalu.

Brexit telah memberi kesan buruk kepada pasaran hartanah di London. Walaupun banyak rumah telah dan akan dibina, namun rumah masih tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan masyarakatnya. Sekarang ini terdapat kekurangan kediaman lebih kurang 1.25 juta rumah di England. Justeru, mereka mengadakan kempen ‘Help to Build’; setelah ‘Help to Buy’.

China town.jpeg

Hong Kong juga terkenal dengan tempat-tempat menarik yang tidak kurang hebatnya seperti Hong Kong Disneyland, Ocean Park Hong Kong, The Peak, Ladies Market, Menara Jam dan macam-macam lagi.

Di Hong Kong, senario yang berbeza berlaku dalam pasaran hartanahnya.  Harga rumah mengalami penurunan pada 3 bulan berikutnya sehingga menjadi ‘stagnate’ atau kekal. Penurunan harga rumah berlaku kerana kurangnya pembelian hartanah. Ada pemaju di sana menjadi semakin bermotivasi untuk menjual rumah yang dibina dengan menawarkan pakej percutian percuma dan pembiayaan yang fleksibel untuk menarik minat pembeli. Kiranya, inilah masa yang sesuai untuk membeli hartanah di sana.

Setelah membaca artikel ringkas di atas, yang mana satu pilihan hati pembaca, UK atau Hong Kong ?

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s