Setelah bercerai, adakah anda layak berkahwin untuk kali ke-2 ?

wedding ring

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mendirikan bahtera perkahwinan yang bahagia merupakan impian setiap insan. Naluri untuk hidup berpasang-pasangan dan seterusnya mempunyai zuriat merupakan fitrah semulajadi anugerah Allah SWT. Namun kini kita lihat, fitrah telah menjadi fitnah. Hal ini khususnya berlaku kepada perkahwinan di sempadan Thailand. Setelah 4 atau 5 bulan berkahwin, sang isteri kemudiannya diceraikan apabila berlaku sahaja masalah dalam rumahtangga.

Persoalannya di sini, bagaiman bekas isteri dapat menuntut apa-apa haknya seperti nafkah kepada anak, hak mutaah dan hak harta sepencarian sekiranya di sisi undang-undang Keluarga Islam, perkahwinannya seolah-olah tidak wujud kerana berkahwin di sempadan Thailand dan tidak didaftarkan di Malaysia.

Sekiranya dia ingin berkahwin dengan lelaki lain pula, perkahwinannya yang terdahulu perlulah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia. Oklah, saya terpanggil untuk share dengan pembaca bagaiman cara untuk mendaftarkan perkahwinan yang terdahulu sekiranya berlaku penceraian

Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan  Pembangunan Keluarga    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  (JAWI) untuk merujuk permohonan pendaftaran nikah.

arrow-149964_640Siasatan awal mendapati perkahwinan itu perlu disahkan terlebih                                  dahulu.

arrow-149964_640

 Surat arahan kepada pemohon untuk hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan   pernikahan.

– Diperingkat ini, pemohon perlu menyediakan semua dokumen dan bukti yang cukup bagi menyokong permohonan mereka.

  – Diperingkat ini juga, mahkamah akan melihat sama-ada rukun dan                              syarat nikah dipenuhi. Jika gagal menyakinkan mahkamah tentang                    kewujudan rukun dan syarat nikah, maka ini akan menyebabkan perintah pendaftaran nikah tidak dapat dibuat.

arrow-149964_640

Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah, pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk proses pendaftaran nikah.

arrow-149964_640

 Pemohon mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Pernikahan Luar                             Negara.

arrow-149964_640

Setelah berjaya diperingkat mendapatkan pengesahan dan dokumen pendaftaran nikah, barulah wanita berkenaan dapat memohon kepada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan penceraiannya.

arrow-149964_640

 Mahkamah akan menjalankan siasatan untuk membuat  penghakiman mengenai kedudukan perkahwinan itu untuk  menentukan iddahnya dengan tepat.

Satu lagi saya nak highlightkan di sini, golongan wanitalah yang perlu banyak bersusah-payah untuk mendapatkan pengesahan penceraian daripada mahkamah jika ingin berkahwin baru. Justeru itu, berfikirlah banyak kali sebelum membuat keputusan berkahwin di sempadan Thailand. Fikirkanlah impaknya nanti kepada kita di kemudian hari terutamanya kepada golongan wanita.

Justeru itu, saya menyeru kepada golongan wanita, sentiasalah lengkapkan ilmu di dada. Sentiasa up-datekan ilmu pengetahuan anda supaya dapat menjalani hidup di dunia ini dengan berhati-hati dan berhemah. Sebagai wanita, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah kerana hidup di dunia ini memang satu medan ujian. Saya doakan wanita-wanita yang diuji sama-ada dari segi kewangan mahupun masalah rumahtangga, sentiasalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan jadikan diri anda lebih kuat dengan ilmu dunia dan akhirat.