Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mendirikan bahtera perkahwinan yang bahagia merupakan impian setiap insan. Naluri untuk hidup berpasang-pasangan dan seterusnya mempunyai zuriat merupakan fitrah semulajadi anugerah Allah SWT. Namun kini kita lihat, fitrah telah menjadi fitnah. Hal ini khususnya berlaku kepada perkahwinan di sempadan Thailand. Setelah 4 atau 5 bulan berkahwin, sang isteri kemudiannya diceraikan apabila berlaku sahaja masalah dalam rumahtangga.
Persoalannya di sini, bagaiman bekas isteri dapat menuntut apa-apa haknya seperti nafkah kepada anak, hak mutaah dan hak harta sepencarian sekiranya di sisi undang-undang Keluarga Islam, perkahwinannya seolah-olah tidak wujud kerana berkahwin di sempadan Thailand dan tidak didaftarkan di Malaysia.
Sekiranya dia ingin berkahwin dengan lelaki lain pula, perkahwinannya yang terdahulu perlulah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia. Oklah, saya terpanggil untuk share dengan pembaca bagaiman cara untuk mendaftarkan perkahwinan yang terdahulu sekiranya berlaku penceraian
Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk merujuk permohonan pendaftaran nikah.
Siasatan awal mendapati perkahwinan itu perlu disahkan terlebih dahulu.
Surat arahan kepada pemohon untuk hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan pernikahan.
– Diperingkat ini, pemohon perlu menyediakan semua dokumen dan bukti yang cukup bagi menyokong permohonan mereka.
– Diperingkat ini juga, mahkamah akan melihat sama-ada rukun dan syarat nikah dipenuhi. Jika gagal menyakinkan mahkamah tentang kewujudan rukun dan syarat nikah, maka ini akan menyebabkan perintah pendaftaran nikah tidak dapat dibuat.
Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah, pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk proses pendaftaran nikah.
Pemohon mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Pernikahan Luar Negara.
Setelah berjaya diperingkat mendapatkan pengesahan dan dokumen pendaftaran nikah, barulah wanita berkenaan dapat memohon kepada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan penceraiannya.
Mahkamah akan menjalankan siasatan untuk membuat penghakiman mengenai kedudukan perkahwinan itu untuk menentukan iddahnya dengan tepat.
Satu lagi saya nak highlightkan di sini, golongan wanitalah yang perlu banyak bersusah-payah untuk mendapatkan pengesahan penceraian daripada mahkamah jika ingin berkahwin baru. Justeru itu, berfikirlah banyak kali sebelum membuat keputusan berkahwin di sempadan Thailand. Fikirkanlah impaknya nanti kepada kita di kemudian hari terutamanya kepada golongan wanita.
Justeru itu, saya menyeru kepada golongan wanita, sentiasalah lengkapkan ilmu di dada. Sentiasa up-datekan ilmu pengetahuan anda supaya dapat menjalani hidup di dunia ini dengan berhati-hati dan berhemah. Sebagai wanita, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah kerana hidup di dunia ini memang satu medan ujian. Saya doakan wanita-wanita yang diuji sama-ada dari segi kewangan mahupun masalah rumahtangga, sentiasalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan jadikan diri anda lebih kuat dengan ilmu dunia dan akhirat.
mak aih.. byk jugak kerjanya tu.. ni mesti makan masa.. aduuus..
LikeLike
Betul tu, so cari jalan yg selamat walaupun takes time.
LikeLike
I like that last part and setuju sangat. Wanita kena pandai berdikari and inshaAllah ia sedikit sebanyak dapat membantu kalau ada ilmu didada walaupun sedikit.
LikeLike
Betul tu, wanita berdepan dengan pelbagai masalah dan dugaan. Lagi2 kalau ibu tunggal. Semoga kita dapat meningkatkan lagi ilmu didada, kerana sesungguhnya ilmu Allah amat luas.
LikeLike