Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kami ke UTC, Shah Alam untuk membuat kad pengenalan anak, Nur Aisyah. Perancangannya nak keluar awal, tetapi tak dapat juga sebab maklum sajalah ada sahaja urusan rumhtangga yang perlu diselesaikan. Pukul 11 lebih baru kami bertolak ke UTC, Shah Alam. Fuh! Sampai saja, nampak lautan kereta di tempat parking kereta. 3 kali Ida pusing-pusing cari tempat kosong, last sekali alhamdulillah, dapat juga parking dekat dengan pintu ke lift dan Pejabat Tabung Haji.
Sebelum daftar di kaunter JPN, kami ke tingkat satu untuk makan tengah hari. Banyak pilihan makanan kat sini. Ada makanan lauk campur, makanan ‘special order’ seperti nasi goreng dan kalau anda selera mat salleh, makanan pastry pun ada kat sini. Sebenarnya, ada lagi lot-lot kedai yang kosong. Kalau ada sesiapa yang berhajat nak berniaga kat sini boleh je walk-in tanya berapa harga sewaannya. Bagi Ida lah, kedai-kedai di UTC Shah Alam berpotensi tinggi untuk maju. Hospital Women and Children Specialist Centre yang bertentangan dengan UTC akan siap tak lama lagi. So, kat situ dah ada pasaran untuk doktor, jururawat atau pelanggan hospital di sana.
Menu makan tengah hari kami simple je; nasi dan lauk-pauk dalam RM18.90 dan minuman dalam RM5 lebih.
Sebenarnya, UTC Shah Alam ini baru saja dibuka di pertengahan tahun 2018. Sebelum ini ia dikenali sebagai Anggerik Mall di mana pelbagai jenis baju kurung dan busana dijual di sini. Tetapi kini, Anggerik Mall dijenamakan semula sebagai UTC. UTC ni menempatkan banyak agensi-agensi kerajaan seperti JPN, klinik gigi kerajaan, Majlis Belia Malaysia, balai polis dan macam-macam lagilah. Kira one-stop centre gitu.
Selesai je makan kami ke kaunter JPN. Pukul 1.32 tengah hari, nombor giliran kami tiba. Bagi Ida lah, proses pendaftaran IC baru di sini agak cepat. Hulur saja borang, pegawai yang bertugas akan memasukkan data ke dalam komputernya. Anda perlu prepare RM10 ye sebagai bayaran untuk proses borang. Betul-betulkan sikit tudung anak, tang situ juga ambil gambar IC.
Actually, keesokannya masyarakat India akan menyambut perayaan Deepavali. Apabila pegawai tu kata IC boleh di ambil di UTC Shah Alam dalam masa 5 hari bekerja, Ida terkejut juga sebab of course lah hari Isnin baru siap kan. Sedangkan Aisyah perlu hantar dokumen penempatan ke Sekolah Menengah Tingkatan 1 hari Khamis ni. Melihatkan wajah keriut Ida, pegawai tu tersenyum dan cakap boleh je ambil di Plaza Masalam Seksyen 9, Shah Alam. Siap dalam masa 2 jam. Fuh… lega. Boleh juga siap hari ini. So, kami pun bergegaslah ke Plaza Masalam Tingkat 6.
Dipendekkan cerita, dalam pukul 2 lebih selesai semua proses dan tara… kad pengenalan baru anak telah selesai. Teruja betul dia dapat kad pengenalan baru. Maklumlah, orang dah nak melangkah ke alam remaja lah katakan. Sebenarnya Plaza Masalam ni bersambung dengan shopping mall. Selesai saja urusan kami di JPN, kami pun window-shopping lah di sana sambil beli barang dapur di Giant yang ada kat dalam Plaza Masalam.
So, kepada sesiapa yang nak buat IC baru di UTC Shah Alam, Ida nasihatkan pergi awal-awal sebab tempat parkingnya agak terhad. Macam Ida, 3 kali pusing baru dapat tempat parking; itu pun kira nasib baik. Tetapi urusan di sini memang smooth sebab kawasannya yang tidak terlalu luas memudahkan kita ke mana-mana dengan cepat dan selesa. UTC, Shah Alam, my favourite one-stop-centre.