Ekuiti penyumbang kekayaan sebenar pelabur hartanah.

Beautiful house.jpeg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Acapkali kita mendengar pelabur hartanah mengatakan memerah ekuiti daripada rumah. Tahukah anda apa itu ekuiti dan mengapakah ekuiti dikatakan penyumbang kekayaan sebenar pelabur hartanah ?

Baiklah cuba kita lihat di sini; anda mempunyai rumah yang setiap bulan dibayar ansuran gadai-janjinya kepada bank. Setelah sekian lama membayar kepada bank, jumlah pinjaman yang berbaki akan semakin berkurangan. Nilai rumah anda pula akan semakin meningkat kesan daripada pertumbuhan penduduk, kekurangan tanah, kesan inflasi dan peningkatan kemajuan sesuatu tempat. Jumlah beza antara nilai hartanah anda dan pinjaman yang masih berbaki dikenali sebagai ekuiti.

Sebagai contoh, Aina membeli sebuah apartmen sub-sale bernilai RM200,000. Sepuluh tahun kemudian, nilai apartmen yang dibelinya telah meningkat kepada RM400,000. Ini bermakna peningkatan sebanyak 7.2% setahun. Hutang bank kini tinggal sebanyak RM150,000. Aina pun menjual apartmen tersebut. Dapatlah untung bersih RM235,000 setelah tolak kos komisen REN.

Apa yang nak dibuat kepada ekuiti yang dapat diperah hasil daripada penjualan hartanah tersebut ? Dalam kes Aina di atas, ekuiti sebanyak RM235,000. Saya ada tips menarik apa yang boleh dilakukan dengan ekuiti sebanyak itu. Insya-Allah, akan saya kongsikan dalam artikel berikutnya. Sekian, salam mesra dari saya; your friendly investor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s