Ada apa di Family Mart, Seksyen 7, Shah Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti sekolah ke-2 teringin nak beli baju baru. Bukan apa, lama sangat dah tak beli baju baru.  So, Ida dan anak-anak decide beli baju di Seksyen 7, Shah Alam. Sebenarnya kami dah agak lewat turun dari rumah. Apabila sampai saja , kami makan tengah hari dulu dan solat di Masjid Kristal Height. 

Kami masuk ke butik pakaian pertama yang kami lihat, iaitu Carya Zara. Kebetulan, butik tu ada promosi pakaian yang agak banyak. Test-test pakaian, terpaut hati pada baju kedua yang Ida cuba. Baju ni ada lace sikit. Sesuailah untuk dibuat jalan-jalan atau ke tempat kerja. Harganya RM149. Harga asal, dalam RM200 lebih. 

Sebelum balik, sempat kami posing dekat mural yang banyak terdapat di Laman Seni.

Bila dah nak sampai ke kereta, perut mula berkeroncong. Tiba-tiba, ternampak kedai Family Mart kat sini. Punyalah ramai orang kat dalam. Macam ada sale je. Sebenarnya, inilah first time Ida ke Family Mart. Sebelum ni, cuma baca dalam blog je tentang kesedapan makanan kat sini. Inilah di antara makanan dan minuman yang ada di Family Mart, Seksyen 7, Shah Alam.

Strawberry Sando

Blueberry Sando
Seleksi ayam goreng, sosej dan tofu
Pau atau Dim Sum dalam bahasa Jepun
Chocolate Parfait dan Salad
Tiramisu Parfait dan Salad
Seleksi kopi panas dan sejuk

Ida dan anak pilih set fish dan crab cake dalam sup tomyam je. Saja nak test dulu.

Pergh! Tambah mangkuk kedua beb. Sedap…. Strawberry dan blueberry sandonya pun sedap. Anak Ida yang umur 4 tahun yang cerewet bab makanan pun boleh habiskan tanpa dipaksa-paksa.

Kalau nak makan di sini pun boleh sebab ada disediakan meja dan kerusi. Cuma agak terhad lah.First come, first serve.

Insya-Allah, Ida akan datang semula dengan anak-anak untuk merasai dessert dan snek-sneknya yang lain. Di sini, walaupun makanannya dari Jepun,  tapi ianya telah mendapat pensijilan  halal  oleh JAKIM. So, jomlah ke sini. Anda pasti tersenyum dan repeat order.