
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti sekolah ke-2 teringin nak beli baju baru. Bukan apa, lama sangat dah tak beli baju baru. So, Ida dan anak-anak decide beli baju di Seksyen 7, Shah Alam. Sebenarnya kami dah agak lewat turun dari rumah. Apabila sampai saja , kami makan tengah hari dulu dan solat di Masjid Kristal Height.
Kami masuk ke butik pakaian pertama yang kami lihat, iaitu Carya Zara. Kebetulan, butik tu ada promosi pakaian yang agak banyak. Test-test pakaian, terpaut hati pada baju kedua yang Ida cuba. Baju ni ada lace sikit. Sesuailah untuk dibuat jalan-jalan atau ke tempat kerja. Harganya RM149. Harga asal, dalam RM200 lebih.

Sebelum balik, sempat kami posing dekat mural yang banyak terdapat di Laman Seni.






Bila dah nak sampai ke kereta, perut mula berkeroncong. Tiba-tiba, ternampak kedai Family Mart kat sini. Punyalah ramai orang kat dalam. Macam ada sale je. Sebenarnya, inilah first time Ida ke Family Mart. Sebelum ni, cuma baca dalam blog je tentang kesedapan makanan kat sini. Inilah di antara makanan dan minuman yang ada di Family Mart, Seksyen 7, Shah Alam.








Ida dan anak pilih set fish dan crab cake dalam sup tomyam je. Saja nak test dulu.

Pergh! Tambah mangkuk kedua beb. Sedap…. Strawberry dan blueberry sandonya pun sedap. Anak Ida yang umur 4 tahun yang cerewet bab makanan pun boleh habiskan tanpa dipaksa-paksa.
Kalau nak makan di sini pun boleh sebab ada disediakan meja dan kerusi. Cuma agak terhad lah.First come, first serve.

Insya-Allah, Ida akan datang semula dengan anak-anak untuk merasai dessert dan snek-sneknya yang lain. Di sini, walaupun makanannya dari Jepun, tapi ianya telah mendapat pensijilan halal oleh JAKIM. So, jomlah ke sini. Anda pasti tersenyum dan repeat order.
Family Mart ni dah macam rumah kedua kami adik beradik, paling suka pegi FM di Seri Petaling sebab table punyalah banyak dah macam cafe tapi kalau nak aiskrim atau makanan panas, kami pegi di SS15 sbb disitu, pukul 4-5 pagi pun semua masih available. Hampir semua makanan dalam FM kami dah rasa tapi tak pernah rasa jemu, especially Odaeng (that’s how they call it in Seoul, kat Malaysia tak tau betul ke tak..) tu. Strawberry sando tu memang favorite! Terbaca post ni malam2 buta terus rasa lapar hahaha
LikeLike
Best juga boleh rasa Family Mart di banyak tempat. Seksyen 7 FM so far nearest my home. Tapi memang salute diaorang punya management, very professional dan mengutamakan kebersihan.
LikeLike