Jalan-jalan ke De Pulze, Cyberjaya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti sekolah baru-baru ini teringin nak buat lasagna. Jenuh mencari ke merata supermarket tapi tak ada pula terjumpa kepingan lasagna ni. So, Ida dan anak-anak cuba survey di De Pulze pula. 

Di Jaya Grocer Cyberjaya memang terkenal dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Rambang mata pula lihat pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang menggoda iman. Kebetulan, ada sale untuk pelbagai jenis item buah dan sayur yang segar, iaitu sebanyak 10%. Tapi, Ida fokus nak beli kepingan lasagna saja. Cari punya cari, lastly jumpa kat bahagian rak makanan spagetti dan sos prego.

Harga instant lasagna RM5.39

Selain instant lasagna, bahan utama lain yang perlu ada ialah cendawan butang. Agak senang je nak cari cendawan butang ni, ada kat bahagian sayur-sayuran.

Ada dua jenis cendawan butang iaitu Tuscan white button dan Generic white button. Ida pilih Generic white button mushroom, agak murah sikit iaitu RM5.20.

Generic White Button

Alang-alang datang ke De Pulze, Ida bawa anak-anak bermain di Molly Fantasy yang terletak  di tingkat atasnya. Seronok anak-anak dapat role-play di dalam kedai dan bangunan mini yang terdapat kat sini.

Kalau masuk ke mini hospital, anak anda boleh try baju yang sedia tersangkut di dalamnya dan bereksperimen menjadi doktor. 

Kalau nak try aktiviti lasak sedikit, bolehlah ke area flatable ballon dan bermain-main dengan bola-bola plastik kecil yang banyak berada di sekitar flatable ballon.

Bagi Ida, rate harga yang dikenakan kat sini agak berbaloi iaitu RM8 seorang  selama 2 jam. 3 orang anak masuk, tetapi yang berumur 4 tahun tak dikenakan apa bayaran. Cuma kalau nak masuk ke sini kenalah pakai stoking. Caj yang dikenakan untuk beli stoking di sini ialah RM3 sepasang. So, kalau nak jimat duit, pakailah siap-siap stoking dari rumah ye.

Di Molly Fantasy De Pulze Cyberjaya juga ada disediakan tempat untuk meraikan birthday party. Kawasannya agak luas dan selesa. Kalau nak menonton rancangan kegemaran sambil meraikan birthday party pun boleh sebab di sini ada ruang khusus untuk menonton televisyen.

Ruang untuk menonton televisyen

Sementara menunggu 2 jam mereka bermain-main di sini, Ida belilah pretzel dan air di Auntie’s Anne.

Pretzel almond dan lemonade.

Pretzel almond ni sedap dimakan panas-panas. Kalau nak manis, boleh dicicah dengan caramel saucenya.

Di ground floornya ketika ini terdapat MPH bookstore sale. Boleh tahan juga diskaun yang ditawarkan.

10% diskaun untuk jenama Leap frog yang terpilih.

Oleh kerana Adli suka bermain dengan mini truk, Ida belikan untuknya mini truck model yang disertakan dengan buku berwarna kat dalamnya.

Truck model with coloring book berharga RM20

Ok lah, kalau anda nak bawa anak-anak main sambil shopping, datanglah ke De Pulze Cyberjaya waktu cuti sekolah ni. Insya-Allah,  anak-anak anda pasti gembira di sana.

Advertisement

2 thoughts on “Jalan-jalan ke De Pulze, Cyberjaya.”

    1. Ye ke, dulu teringin juga beli rumah di cyberjaya. Tapi harga rumah kat sana agak mahal kan. Environmentnya boleh dikatakan agak tenang dan damai. Tahniah sis dapat tinggal di sana.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s