Surat Perjanjian Penyewaan, langkah pertama menjadi tuan rumah jutawan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika pembaca telah mengikuti artikel-artikel saya sebelum ini, pembaca pasti tahu yang saya ada membeli sebuah kondominium untuk tujuan pelaburan. Insya-Allah, kondominium Danau Perintis akan siap pada pertengahan tahun 2019.

Sebelum menyewakan hartanah saya, sudah pasti saya perlu menyediakan satu surat perjanjian penyewaan. Sebenarnya, untuk mengelakkan masalah di kemudian hari, anda perlu menyediakan surat perjanjian yang jelas dan lengkap serta ditandatangani oleh kedua belah pihak. Sebagai contoh, klausa dalam perjanjian ada menyatakan apa sebenarnya yang berlaku jika mereka gagal membayar sewa mengikut masa.

  • Klausa 7.1 – Selepas 7 hari, tuan rumah boleh memasuki premis.
  • Klausa 7.2 – 7 hari kemudian, mereka perlu mengosongkan premis dan membayar baik kepada tuan rumah untuk semua sewa dan kerosakan.
  • Klausa 7.3 – Selepas 21 hari, mereka perlu membayar penalti 2% sebulan, iaitu 24% setahun, selain sewa selama mana mereka berada dalam hartanah tersebut.

Selain itu, surat perjanjian perlulah dibaca bersama-sama bakal penyewa supaya mereka faham apa yang telah dipersetujui. Sebenarnya, pelabur hartanah sering menghadapi keadaan di mana penyewa tidak membayar sewa on time atau pun merosakkan kediaman yang disewanya. Justeru itu lah, ramai yang teragak-agak untuk menyewakan hartanah mereka dan seterusnya menjana pendapatan secara pasif. Di harap dengan adanyan perjanjian sewaan yang lengkap dan jelas dapat mengelakkan masalah di kemudian hari.

Advertisement

2 thoughts on “Surat Perjanjian Penyewaan, langkah pertama menjadi tuan rumah jutawan.”

    1. Mungkin insentif diberikan contoh diskaun diberikan jika penyewa bayar di awal bulan dan sebagainya. Tapi yg penting perlu ada terma perjanjian penyewaan yg jelas seperti dalam artikel ini.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s