
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini, Ida dan anak-anak berkesempatan ke Seksyen 13, Aeon Mall Shah Alam. Apa yang menariknya di sini, anda dapat mengenali kebudayaan dan suasana 4 musim yang ada di negara Jepun iaitu Haru (Musim Bunga), Natsu (Musim Panas), Fuju (Musim Sejuk) dan Aki (Musim Luruh).

Pada musim ini, masyarakat Jepun suka melihat bulan dan makan mocha dango yang istimewa. Sangat best melihat daun-daun yang berguguran. Syahdu gitu. Musim ini umpama musim menuai di Malaysia di mana mereka mengharapkan tanaman beras menjadi dan terhasil dengan banyaknya.

Sambil-sambil rileks menikmati suasana Musim Aki, terdengarlah bunyi train. Di sini juga anda boleh naik train sambil menjamu mata melihat deretan kedai-kedai yang ada di sini.

Ok lah, musim kedua yang ada di Jepun ialah Musim Haru. Suasana Musim Haru ni yang Ida rasa paling best. Bila posing di sini terasa berada di dalam satu filem Jepun yang popular satu ketika dahulu iaitu “Winter In My Heart”.


“Hanami Sakura” bermaksud aktiviti berkelah di bawah pokok sakura bersama keluarga atau rakan-rakan, di mana mereka menjamu selera serta berpesta sambil menikmati keindahan bunga sakura.
Musim ketiga ialah Musim Fuju. Pada musim ini anda boleh bermain salji tapi of course anda perlu pakaian pakaian sejuk sebab suhu pada ketika ini di Jepun memang amat sejuk.


Musim ke- 4 di Jepun ialah Musim Natsu. Santai-santai di area Musim Natsu ni memang best sebab boleh bau masakan yang pelbagai, maklum sajalah dekat dengan food court.

Di ground floor Aeon Mall Shah Alam ketika ini ada permainan yang bagi Ida best lah juga iaitu memanah dan ‘Buzzer Beat”. Apa lagi, kami pun joinlah main sama.


Sebenarnya permainan memanah ni agak senang. Adli yang umur 4 tahun pun boleh try. Cuma nak kena bullseye tu yang agak sukar. Kena banyakkan practise.
Baru first time memanah. Teruskan lagi usaha anda Adli.
Ok lah, kalau anda juga nak mengalami suasana 4 musim seperti di negara Jepun bolehlah ke Aeon Mall Shah Alam. Bolehlah meluangkan masa bersama ahli keluarga sempena cuti sekolah ni sambil bergambar kenang-kenangan di sana.