Tempat menarik yang dikelilingi alam menghijau di Shah Alam- Taman Botani, Shah Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya dah lama Ida dan anak-anak nak repeat pergi beriadah di Taman Botani, Shah Alam.  Alhamdulillah, baru-baru ini dapat juga kami meluangkan masa sekejap di sana. Untuk masuk ke sana, RM3 dikenakan kepada orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Sesampainya kami di sana, terdapat kaunter pendaftaran untuk menyertai aktiviti Skytrex. Rasa teruja juga untuk menyertai aktiviti lasak macam ni. So, Ida cubalah tanya berapa harga tiketnya. Frust juga apabila adik tu cakap aktiviti Skytrex dah fully booked.

Kaunter pendaftaran untuk aktiviti Skytrex

Rupanya nak sertai aktiviti Skytrex perlu purchase tickets online. 

Selain itu, terdapat beberapa lagi aktiviti yang lain seperti Educational rainforest walk, jungle trekking, birds watching dan explorace with nature and heritage. Jika anda berjiwa lasak, tentu anda suka menunggang ATV pusing-pusing di sekitar Taman Botani Shah Alam yang luas dan kaya dengan alam semulajadinya yang menghijau.

Pengunjung menaiki skuter elektrik.

Biasanya di sini mereka akan sewa basikal dan ronda-ronda keliling Taman Botani sambil menghirup udara yang segar. Ida nasihatkan anda beli sebotol air mineral siap-siap sebagai bekalan semasa menunggang basikal. Ini kerana apabila anda penat berkayuh basikal, anda boleh lepak sekejap di hentian-hentian atau wakaf yang ada di sekitar sini sambil minum bekalan air yang telah pun dibawa. 

Bayaran RM15 untuk basikal X-treme.
Bayaran RM20 untuk basikal Keysto.

Hajat di hati, Ida dan anak-anak nak berbasikal je ke Taman Haiwan, tapi oleh kerana kami sampai agak lewat ke Taman Botani, maka kami pun menaiki bas ke sana. Perkidmatan bas di sini free je tau. 

Di antara pemandangan yang menghijau dan unik yang sempat dirakamkan.

Wakaf Melayu.
Wakaf Cina.
Wakaf India.
Rumah Orang Asli Temuan di Selangor.

Sekejap saja kami naik bas, kami pun sampai ke Taman Haiwan. Sempat juga kami melihat beberapa jenis haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan petting dan ternakan.

Nuri berjambul.
Burung Ketitir.
Itik Serati.

Kemudian anak-anak berlari ke arah kandang rusa. Rupanya di sini anda boleh beri makan kepada rusa-rusa yang jinak. Tentang makanan, anda jangan risau. Di sini juga anda boleh beli makanan rusa dengan harga RM1 untuk seikat daun panjang.

Kalau anda teringin naik kuda, di sini juga ada disediakan perkhidmatan menunggang kuda dengan kadar bayaran RM10 sekali pusing atau RM20, 2 kali pusing.

Sebagai warga kota, sudah tentu pengalaman berada di sawah bendang adalah satu perkara yang jarang-jarang berlaku. Di sini juga anda berpeluang membawa anak-anak menikmati kehijauan sawah bendang.

Bila dah petang, perut mula berkeroncong. Kami singgah sebentar di restoren Seksyen 7, Shah Alam untuk menikmati makan petang. Ida cadangkan anda makan keropok cheese yang ada di sini. Rasanya agak unik dan menyelerakan.

Keropok cheese.

Oklah, jika anda ingin mengalami suasana persekitaran yang menghijau sambil menghirup udara yang segar, jomlah ke Taman Botani, Shah Alam. Kalau anda nak berpiknik pun boleh sebab terdapat banyak hentian atau wakaf yang tersedia di situ. 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s