Seronoknya Karnival Geng Masjid Puncak Alam 2018.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun 2018 sudah hampir melabuhkan tirainya. Seperti tahun lepas, karnival Geng Masjid juga diadakan di Masjid Puncak Alam bermula 28 Disember hingga 31 Disember 2018. Tahun lepas Ida dan anak-anak tak sempat join karnival geng masjid ni. Alhamdulillah, pada tahun ini kami dapat juga bertandang sekejap ke Masjid Puncak Alam yang cukup luas dan moden ini.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti dan permainan disediakan. Antaranya ialah memanah, soopa doopa, taman haiwan bergerak, berbasikal, permainan simulasi games, hot air ballon dan aktiviti mandi- manda untuk kanak-kanak bersebelahan soopa doopa. Untuk menyertai aktiviti tersebut, anda hanya perlu bayar RM5, kecuali hot air ballon; RM40. Kupon untuk aktiviti-aktiviti berkenaan boleh didapati di kaunter tiket. Selain itu, terdapat lebih 150 tapak jualan disediakan. Antaranya Ida cuba air lemon yang diletakkan buah strawberi. Not bad juga rasanya. Kalau anda nak berbasikal juga boleh, sambil keliling tapak jualannya yang agak luas. Basikal seperti beca juga ada disediakan.

Mojito Strawberry.
Basikal yang berbentuk beca.
Kaunter pendaftaran kupon.

First aktiviti, kami ke dewan berhawa sejuk yang menyediakan pelbagai jenis buku untuk jualan. Bagi Ida, bahan bacaan yang dijual di sini adalah yang bermutu tinggi, islamik dan sesuai untuk bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Harganya amat-amatlah berbaloi. Contohnya novel awal remaja daripada harga belasan ringgit, boleh dibeli dengan harga RM4 sahaja. Ida beli juga novel untuk anak-anak Ida yang semakin menginjak ke alam remaja ni. So, bila datang ke sini bolehlah anda borong sakan ye. Sebagai peminat lagu nasyid, Ida beli CD lagu Sabyan bertajuk ‘Ya Maulana’. Lagunya penuh dengan selawat dan pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. Di tambah pula dengan suara lemak merdu Nisa Sabyan, macam dibuai-buai rasanya.

Selain itu, antara yang menarik hati ialah kismis keluaran Kumpulan In-Team, harganya RM15. Kata adik yang menjual, kismisnya warna kuning coklat dan rasanya sedap. Bila Ida try, rasanya tak manis sangat, bak kata omputih, ‘just nice’.

Selepas itu, anak-anak berpeluang bermesra dengan haiwan-haiwan yang comel dan manja seperti arnab, burung, itik, kambing dan hamster. Haiwan-haiwan ini amat jinak dan bersih. Boleh dipegang dan dibelai-belai. Mulanya anak-anak Ida takut nak masuk ke taman haiwan tersebut, tapi melihatkan kejinakan haiwan disamping penjaganya yang sentiasa ada bersama, mereka berani juga masuk.

“Jangan takut dik, senang je nak pegang burung merpati ni, meh abang tunjukkan”.
Dragon Beard
B

Aktiviti-aktiviti lain yang anak sertai ialah memanah dan permainan soopa doopa.

Suasana yang panas terik pada hari itu menyebabkan Adli yang berumur 4 tahun melompat masuk ke dalam kolam bersebelahan soopa doopa. Tak nak main soopa doopa katanya, panas.

Oklah, kalau anda berminat nak datang ke Karnival Geng Masjid Puncak Alam, bolehlah pilih hari apa nak datang sebab daripada 28 Disember hingga 31 Disember, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disediakan.

Aturcara Puncak Karnival Geng Masjid.
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s