Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menjadi pakar SEO adalah impian setiap penulis blog. Dengan menguasai ilmu SEO, artikel anda mampu untuk disenaraikan pada ranking tertinggi dalam enjin carian google dan kebarangkalian artikel anda untuk dibaca adalah cerah. Di sini Ida dapat kongsikan 8 langkah untuk menarik trafik di internet melalui SEO.
- Laman Web yang interaktif.

Usahakan agar laman web atau blog anda dapat dicari oleh peranti pintar mudah alih seperti telefon dan tablet, dan bukan hanya komputer sahaja. Gaya hidup yang aktif dan serba-serbi pantas membuatkan ramai orang lebih selesa untuk men’google’ melalui telefon dan tablet masing-masing.
2. Penulisan artikel yang konsisten.

Untuk menjadikan anda dan jenama anda mudah dijumpai, penulisan artikel mestilah sentiasa konsisten. Dalam seminggu, pastikan anda menulis satu artikel. Kalau boleh dua hingga tujuh artikel. Itu lebih baik.
3. Kandungan yang asli dan bermanfaat.

SEO amat menyukai jika kandungan artikel anda adalah asli , mempunyai emosi dan dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Terdapat pelbagai cara dan teknik untuk menjadikan artikel anda adalah asli. Antaranya ialah dengan membaca beberapa artikel dalam blog mengenai sesuatu topik, anda seharusnya sudah mampu untuk menulis menggunakan gaya bahasa anda sendiri.
4. Kata kunci yang spesifik untuk tajuk dan di dalam artikel.

Untuk memahami perkara ini dengan lebih mendalam, anda seharusnya membuat kajian pasaran dan kata kunci. Ianya bergantung kepada tujuan sesuatu blog. Jika ianya dibuat bagi tujuan pengiklanan seperti program ‘Pay Per Click’ (PPC) dan sebagainya,maka kajian kata kunci amatlah penting. Begitu juga jika blog tersebut diwujudkan hanya untuk mempromosi sesuatu produk atau bisnes sahaja, maka tidaklah perlu menganalisis seluruh pasaran. Ianya bergantung kepada model dan tujuan blog anda diwujudkan. Setelah itu, barulah jenis blog yang ingin dibuat dapat ditentukan.
5. Menulis untuk penerbitan luar.

Jangan hadkan penulisan hanya untuk laman web atau blog anda sahaja. Jika ada kesempatan dan peluang, anda boleh juga menulis untuk penerbitan luar. Namun, pastikan anda membuat pautan kembali ke laman web atau blog anda. Ini akan menaikkan kedudukan ranking anda dalam enjin pencarian seperti google.
6. Ruangan komen di bawah artikel.

Komen-komen di bawah artikel akan meningkatkan lagi penggunaan kata kunci yang anda miliki dan diindeks oleh google nanti. Justeru itu, adalah penting untuk anda mewujudkan ruangan komen di bawah artikel nanti.
7. Menulis di Linkedln dan Medium.

Selain daripada menulis dalam blog dan laman web, anda juga boleh menulis dalam Linkedln dan Medium. Cuma anda perlu wujudkan terlebih dahulu akaun Linkedln dan Medium. Pastikan penulisan artikel anda mempunyai pautan yang kembali pada laman web atau blog anda.
8. Kongsi artikel yang ditulis dalam media sosial.

Sekarang ini peranan media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya adalah penting dalam mempromosi sesuatu produk atau blog. Justeru itu, adalah penting untuk anda kongsi artikel yang telah di tulis di media sosial.
Ok lah, Ida harap tips-tips di atas dapat memberi manfaat dan motivasi kepada para penulis blog atau laman web di luar sana. Dan jangan lupa untuk share artikel di atas, because ‘Sharing is Caring’.