Bermesra dengan haiwan petting zoo di Farm In The City, Seri Kembangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anak-anak Ida sangat sukakan haiwan yang comel dan jinak. Masa cuti sekolah baru-baru ini, Ida bawa mereka ke ‘Farm In The City’, di Seri Kembangan. Dari Bandar Puteri kami menggunakan waze untuk ke sana. Kawasan parking keretanya berkongsi dengan tempat nursery bunga dan pokok. So, kalau anda nak beli pokok bunga atau buah-buahan, boleh singgah dulu kat nursery bunga di sana.

Sebelum masuk ke dalam Farm In The City, kami melewati kedai cenderamata yang menjual pelbagai jenis permainan dan cenderahati Farm In The City. Selepas melalui kedai cenderamata, kami dapat lihat sangkar burung merpati yang bertingkat-tingkat seperti bilik-bilik kecil. Tapi sebelum tu kami beli dahulu millet untuk makanan burung.

Millet makanan burung.
Sangkar burung merpati.

Sebenarnya burung-burung merpati kat sini bukan jenis yang biasa-biasa kita lihat. Contohnya, merpati yang anak Ida sedang beri makan ni namanya ‘Cropper Pigeon’. Di kakinya ada macam bulu-bulu yang panjang seperti bulu ayam.

Cropper Pigeon.

Laluan ke petting zoo ni sangat mesra OKU dan warga emas serta memudahkan ibu-ibu yang membawa anak kecil di dalam stroller kerana terdapat laluan khusus untuk mereka.

Laluan untuk stroller dan wheelchair.

Setelah membuat bayaran di kaunter pendaftaran, anda akan mendapat beg totte yang di dalamnya terdapat diskaun voucher untuk masuk ke petting zoo pada hari yang lain, peta dan voucher makanan untuk makan di dalam restoren petting zoo ni.

Beg totte bersama discount voucher.

Kos semua sekali ialah RM164 untuk 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Actually, kalau anak anda ukuran 90 cm ke bawah dapat free tiket tau. Anak Ida, Adli masa ukur ketinggian lebih daripada 90 cm, so kenalah bayar bersekali dengan kakak-kakaknya.

Masa dalam perjalanan, snap dulu gambar ‘Moods Lake’. Di tasik inilah berkumpulnya haiwan-haiwan seperti ikan koi, angsa dan itik-itik yang besar-besar.

Moods Lake.
Ikan Koi dan itik.
Ikan Koi dan angsa.

Anda boleh beri makanan kepada ikan koi tersebut dengan membeli millet makanan di mesin-mesin yang berhampiran. Tapi anda hanya boleh beri makanan kepada mereka di kawasan ‘Fish feeding’ area sahaja. Kawasan ‘Fish feeding’ ni teletak di hujung petting zoo berhampiran dengan Kampung Cafe.

Fish feeding.

Selepas melalui kaunter tiket, anak-anak teruja melihat seekor burung helang besar. Mulanya agak takut juga nak menghampiri sangkar burung tersebut, tapi bila kami lihat kakinya terikat, barulah kami berani mendekatinya.

Sangkar burung helang.
White Bellied Sea Eagle.

Meneruskan perjalanan, kami dapat lihat bangsal kuda pony. Adli teringin nak naik pony, tapi ibu Adli tak bagi sebab baru je naik kuda di Taman Botani, Shah Alam. Nasib dia tak merengek sangat sebab kat depan ada haiwan rackoon yang comel sedang bertenggek di batang kayu.

Bangsal pony.
Rackoon.
‘Nah, rackoon, millet for you’.

Sebenarnya rackoon ni sangat lembut bila mengambil makanan dari tapak tangan manusia. So, anda jangan takut bila nak beri makanan kepada mereka. Dalam peta, terdapat jadual aktiviti yang melibatkan beberapa haiwan kat dalam petting zoo ni. Time tu dah pukul 11.30 pagi, so tibalah masa untuk interaksi bersama burung kakak tua.

Parrot interaction.

Comel betul burung kakak tua yang melakukan beberapa aksi seperti bercakap ‘hello’, mencari bola yang tersembunyi dalam mangkuk, menaikkan bendera ‘Farm In The City’ dan bersiul kepada awek yang cantik dari kalangan pengunjung. Selepas interaksi bersama burung kakak tua, abang yang mengendalikan persembahan tersebut promote untuk ke KL Tower Mini Zoo. Di sana anda dapat bermesra dengan haiwan-haiwan petting zoo dengan lebih rapat lagi. Di mana ye? Actually, ianya berada di Menara Kuala Lumpur.

KL Tower Mini Zoo.

Hati-hati semasa berjalan, bila Ida dongak ke atas ternampak seekor ular besar sedang berlingkar di atasnya. Fuh, nasib baik ada cermin penghalang.

Teruskan perjalanan, kami ternampak seekor kura-kura besar. Sejujurnya, inilah pertama kali Ida lihat kura-kura besar.

Kalau anda nak tahu, inilah ‘Dinosaur Turtle’. Mungkin cangkerangnya yang macam batu-batu timbul membuatkan kura-kura jenis ini mendapat jolokan nama ‘Dinosaur Turtle’.

Dinosaur Turtle.

Kura-kura paling jarang dilihat pun ada.

The World’s Rarest Tortoise.

Kemudian, kami masuk ke sangkar besar yang menempatkan pelbagai jenis ayam dan burung. Bestnya, kita boleh sentuh dan melihat binatang-binatang tersebut berkeliaran dengan bebas di dalamnya.

Burung Merak.

Pengalaman yang tak kurang bestnya ialah menyentuh rusa, kambing biri-biri dan kancil. Tapi Ida nak pesan awal-awal, binatang-binatang tersebut tersangatlah mesranya dan akan datang mendekati kita. So, prepare makanan siap-siap lah ye seperti daun-daun yang dijual di mesin berhampiran.

Beri makan kepada sang kancil yang bijak.

Kat sini juga ada taman sayur-sayuran dan buah-buahan. Di dalamnya anda dapat lihat kerbau putih dan kerbau Australia, perigi dan scarecrow.

Vegetable and Fruit Farm.
Pokok Kopi.
Lembu Australia.
Perigi.

Aktiviti berikutnya, anak-anak Ida paling suka menangkap ikan di ‘Longkang Fish’. Tapi, sangatlah sukarnya nak tangkap ikan di ‘Longkang Fish’ ni. Kena ada keazaman yang tinggi gitu.

Longkang Fish.

Longkang Fish ni berhampiran dengan pet village, di mana terdapat banyak arnab dan hamster yang bebas berkeliaran dalam sarang terbuka. Kalau anda jenis yang biasa pegang arnab dan hamster, anda pasti tidak mahu ketinggalan bermesra dengan mereka.

Arnab dan hamster di pet village.

Oklah, antara haiwan-haiwan lain yang terdapat di sini ialah kancil, iguana, slow loris buaya dan burung hantu.

Kancil.
Iguana.
Buaya.

Kat dalam ni juga terdapat kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti tandas, surau, Kampung Cafe dan restoren. So, anda tidak perlu tergesa-gesa keluar dari kawasan Farm In The City untuk menunaikan keperluan anda.

Tandas dan surau.

Jomlah ke Farm In The City, Seri Kembangan, anda pasti tidak akan kecewa dengan pengalaman-pengalaman yang menarik semasa di sana.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s