Bestnya santai-santai sambil menimba ilmu di Pesta Buku Shah Alam Selangor 2019.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun ini pesta buku berlansung di Shah Alam Convention Centre pada 28 Februari hingga 10 Mac. Di sini Ida nak kongsi apa yang best di pesta buku yang berlansung baru-baru ini.

Oklah, sebelum survey buku mestilah makan dulu kan. Ida order meatball bersama mashed potatonya yang awesome. Memang sedap. Anak-anak Ida kalau datang ke pesta buku Shah Alam mesti nak makan meatball ni.

Abaikan wajah Aisyah yg sikit mencuka. Baru lepas kena cucuk tu.

Semasa ronda-ronda pusing lihat gerai-gerai buku yang ada kat sini, Ida terpikat dengan satu gerai jualan ni. Member kita ni jual teater book. Wah, apa mendanya tu? Actually, ini juga first time Ida lihat buku yang berkonsepkan teater.

Bila dah set-up elok-elok teater tu, akan jadi macam ni. Anda boleh warnakan dan hias teater box tu ikut kreativiti sendiri.

Theatre time.

Masa jalan-jalan tu terserempaklah dengan seorang abang ni. Cuba teka siapa? Ha, dialah ahli kumpulan penyanyi Hijjaz yang terkenal dengan lagu-lagu dakwah yang best.

Bersama dengan ahli Kumpulan Nasyid Hijjaz.

Sebenarnya abang Hijjaz kita ni turun bagi mempromosikan buku-buku terbitan Hijjaz Records yang bagi Ida amat unik dan relevan dengan situasi yang berlaku pada masa sekarang. Kalau anda berminat dengan teori konspirasi seperti gerakan Freemason, konspirasi gerakan songsang LGBT, mengapa Yahudi ingin kuasai BaitulMuqaddis dan sebagainya, gerai buku inilah jawapannya.

Alhamdulillah, dapat juga Ida beli buku-buku terbitan Hijjaz Records ni. Yang mana satu pilihan pembaca ?

Antara buku-buku terbitan Hijjaz Records yang Ida beli.

Jalan-jalan lagi, jumpa pula dengan seorang selebriti nasyid yang aktif dengan misi aman ke Palestin. Siapa lagi, kalau bukan Saudari Heliza Helmi.

Bergambar bersama Heliza Helmi.

Insya-Allah, Ida akan datang lagi ke Pesta Buku bersama anak-anak. Dengar katanya di Kuala Lumpur pula, jomlah.

Bagaimana menjual produk menggunakan SEO (Pengoptimuman enjin carian)- Siri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap penjual menginginkan agar produk atau perkhidmatan mereka dibeli pengguna. Antara cara menjual yang efektif ketika ini ialah melalui SEO.

Para pengguna pada era digital kini lebih suka ‘google’ saja apabila mereka ingin tahu tentang kualiti atau keberkesanan tentang sesuatu produk/perkhidmatan. Justeru itu, adalah penting agar produk/perkhidmatan anda dimasukkan ke halaman utama mesin pencarian. Antara cara efektif untuk meningkatkan peluang anda dimasukkan ke halaman utama mesin pencarian adalah menggunakan kata kunci yang kerap digunakan.

Strategi menggunakan kata kunci yang kerap digunakan oleh pelawat diaplikasikan oleh iPrice Malaysia untuk menjana trafik yang tinggi ke laman web mereka. Para penulis kandungan iPrice Malaysia akan menganalisis kata kunci yang kerap digunakan melalui perisian yang boleh didapati secara percuma dalam talian seperti Google Keyword Planner dan Moz Pro Tool. Anda boleh rujuk blog tentang cara-cara untuk menggunakan keyword planner dengan menggunkan link yang tertera disebelah https://moz.com/ugc/5-reasons-why-im-loving-the-new-google-keyword-planner

Kata-kata kunci yang kerap digunakan tersebut akan digunakan oleh penulis untuk menulis tentang sesuatu produk atau perkhidmatan dan dimuatnaik ke dalam laman web syarikat. Apabila para pengguna mencari sesuatu produk menggunakan kata kunci berkaitan, laman iPrice akan tertera di muka pertama mesin pencarian berkenaan.

Oklah, diharap artikel ringkas di atas dapat memberi sedikit inspirasi kepada peniaga diluar sana untuk berniaga menggunakan platform digital. Siri kedua akan menyusul nanti, insya-Allah.

Bank tidak mahu membiayai pembelian rumah anda? Mungkin simpanan dalam KWSP adalah penyelesaiannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di antara sebab ramai daripada mereka di luar sana tidak memiliki rumah ialah kerana sukar untuk mendapat pembiayaan daripada bank. Ironinya, kumpulan M40 atau B40 mempunyai banyak simpanan dalam bentuk dana KWSP. Justeru itu, jika pembayaran dibuat daripada duit dalam KWSP, bank akan lebih cenderung untuk membiayai pembelian rumah tersebut kerana bayaran ansuran adalah terjamin selagi mana mereka bekerja.

Untuk pengetahuan anda, KWSP membenarkan ahlinya untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 untuk membiayai pembelian kediaman. Kebiasaannya, 24 peratus daripada pendapatan bulanan masuk ke dalam KWSP. ( 11 peratus daripada pekerja dan 13 peratus daripada majikan )

Namun persoalannya, kenapa ramai yang tidak menggunakan kemudahan simpanan dalam KWSP ini untuk membeli rumah atau kediaman? Hal ini kerana bagi mereka, KWSP ialah simpanan untuk hari persaraan. Jadi mereka beranggapan adalah berisiko untuk mengeluarkan simpanan dalam KWSP untuk membeli kediaman.

Sebenarnya risiko pembelian kediaman daripada duit dalam KWSP boleh diatasi jika seseorang itu membeli kediaman sejak muda lagi. Sebagai contoh, mereka yang berusia 21 atau 22 tahun yang menggunakan duit dalam KWSP untuk bayaran ansuran, apabila mereka sudah berusia 45 tahun, mereka sudah mempunyai rumah yang bebas daripada hutang. Menarik, bukan?! Dengan itu, mereka boleh menggunakan duit dalam simpanan persaraan untuk pekara-perkara yang lain di mana gaji mereka sudah tentu lebih tinggi pada usia 45 hingga 60 tahun.

  • Sebagai contoh, B40 – RM3000 pendapatan bulanan.

-Sumbangan KWSP 24% = RM720 sebulan. Pinjaman RM135,000 pada kadar faedah 4.4 peratus. (25 tahun pinjaman) Ini bermakna mereka boleh membeli hartanah berharga RM150,000 dengan 10% bayaran pendahuluan dan 90% pembiayaan.

  • M40 – RM6,275 pendapatan bulanan.

-Sumbangan KWSP 23% = RM1,443 sebulan. B40 dengan simpanan KWSP RM1,450 sebulan boleh mendapatkan pinjaman RM270,000 pada kadar faedah 4.4%. (25 tahun pinjaman) Ini bermakna mereka boleh membeli hartanah pada harga RM300,000 dengan 10% bayaran pendahuluan dan 90% pembiayaan.

So, apa lagi, kalau anda teringin memiliki rumah tetapi bank tidak mahu membiayai pembelian anda, gunakan saja duit simpanan dalam Akaun 2 KWSP, insya-Allah impian memiliki rumah idaman anda akan menjadi kenyataan.