Bank tidak mahu membiayai pembelian rumah anda? Mungkin simpanan dalam KWSP adalah penyelesaiannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di antara sebab ramai daripada mereka di luar sana tidak memiliki rumah ialah kerana sukar untuk mendapat pembiayaan daripada bank. Ironinya, kumpulan M40 atau B40 mempunyai banyak simpanan dalam bentuk dana KWSP. Justeru itu, jika pembayaran dibuat daripada duit dalam KWSP, bank akan lebih cenderung untuk membiayai pembelian rumah tersebut kerana bayaran ansuran adalah terjamin selagi mana mereka bekerja.

Untuk pengetahuan anda, KWSP membenarkan ahlinya untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 untuk membiayai pembelian kediaman. Kebiasaannya, 24 peratus daripada pendapatan bulanan masuk ke dalam KWSP. ( 11 peratus daripada pekerja dan 13 peratus daripada majikan )

Namun persoalannya, kenapa ramai yang tidak menggunakan kemudahan simpanan dalam KWSP ini untuk membeli rumah atau kediaman? Hal ini kerana bagi mereka, KWSP ialah simpanan untuk hari persaraan. Jadi mereka beranggapan adalah berisiko untuk mengeluarkan simpanan dalam KWSP untuk membeli kediaman.

Sebenarnya risiko pembelian kediaman daripada duit dalam KWSP boleh diatasi jika seseorang itu membeli kediaman sejak muda lagi. Sebagai contoh, mereka yang berusia 21 atau 22 tahun yang menggunakan duit dalam KWSP untuk bayaran ansuran, apabila mereka sudah berusia 45 tahun, mereka sudah mempunyai rumah yang bebas daripada hutang. Menarik, bukan?! Dengan itu, mereka boleh menggunakan duit dalam simpanan persaraan untuk pekara-perkara yang lain di mana gaji mereka sudah tentu lebih tinggi pada usia 45 hingga 60 tahun.

  • Sebagai contoh, B40 – RM3000 pendapatan bulanan.

-Sumbangan KWSP 24% = RM720 sebulan. Pinjaman RM135,000 pada kadar faedah 4.4 peratus. (25 tahun pinjaman) Ini bermakna mereka boleh membeli hartanah berharga RM150,000 dengan 10% bayaran pendahuluan dan 90% pembiayaan.

  • M40 – RM6,275 pendapatan bulanan.

-Sumbangan KWSP 23% = RM1,443 sebulan. B40 dengan simpanan KWSP RM1,450 sebulan boleh mendapatkan pinjaman RM270,000 pada kadar faedah 4.4%. (25 tahun pinjaman) Ini bermakna mereka boleh membeli hartanah pada harga RM300,000 dengan 10% bayaran pendahuluan dan 90% pembiayaan.

So, apa lagi, kalau anda teringin memiliki rumah tetapi bank tidak mahu membiayai pembelian anda, gunakan saja duit simpanan dalam Akaun 2 KWSP, insya-Allah impian memiliki rumah idaman anda akan menjadi kenyataan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s