Bagaimana menjual produk menggunakan SEO (Pengoptimuman enjin carian)- Siri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap penjual menginginkan agar produk atau perkhidmatan mereka dibeli pengguna. Antara cara menjual yang efektif ketika ini ialah melalui SEO.

Para pengguna pada era digital kini lebih suka ‘google’ saja apabila mereka ingin tahu tentang kualiti atau keberkesanan tentang sesuatu produk/perkhidmatan. Justeru itu, adalah penting agar produk/perkhidmatan anda dimasukkan ke halaman utama mesin pencarian. Antara cara efektif untuk meningkatkan peluang anda dimasukkan ke halaman utama mesin pencarian adalah menggunakan kata kunci yang kerap digunakan.

Strategi menggunakan kata kunci yang kerap digunakan oleh pelawat diaplikasikan oleh iPrice Malaysia untuk menjana trafik yang tinggi ke laman web mereka. Para penulis kandungan iPrice Malaysia akan menganalisis kata kunci yang kerap digunakan melalui perisian yang boleh didapati secara percuma dalam talian seperti Google Keyword Planner dan Moz Pro Tool. Anda boleh rujuk blog tentang cara-cara untuk menggunakan keyword planner dengan menggunkan link yang tertera disebelah https://moz.com/ugc/5-reasons-why-im-loving-the-new-google-keyword-planner

Kata-kata kunci yang kerap digunakan tersebut akan digunakan oleh penulis untuk menulis tentang sesuatu produk atau perkhidmatan dan dimuatnaik ke dalam laman web syarikat. Apabila para pengguna mencari sesuatu produk menggunakan kata kunci berkaitan, laman iPrice akan tertera di muka pertama mesin pencarian berkenaan.

Oklah, diharap artikel ringkas di atas dapat memberi sedikit inspirasi kepada peniaga diluar sana untuk berniaga menggunakan platform digital. Siri kedua akan menyusul nanti, insya-Allah.