Review Buku “Firaun Tenggelam Dalam Laut Merah” karya Abdul Latip Talib yang best dan menarik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Ida nak buat review buku “Firaun Tenggelam Dalam Laut Merah” yang bagi Ida amat best dan nampak real dari segi jalan ceritanya. Pembaca akan terpesona dengan gaya penceritaannya yang bersahaja ditambah lagi dengan fakta-fakta menarik yang kurang dikupas sebelum ini.

Di sini pembaca akan bertemu dengan fakta yang Firaun sebenarnya berasal dari rakyat biasa sahaja. Dari sini, pembaca akan lebih teruja untuk menghabiskan bacaan bagi mengetahui bagaimana akhirnya Firaun menjadi Raja Mesir yang baru dan akhirnya tenggelam dalam Laut Merah.

Buku ini mempunyai 12 bab kesemuanya. Ida sendiri dapat habiskan bacaan dalam 3 hari sahaja dek kerana bestnya cerita yang dibawa. Itupun terkejar-kejar menyelesaikan urusan sebagai ibu. So, Ida yakin pembaca mesti dapat habiskan buku ni dalam masa yang singkat sahaja. Pada permulaan bab, pembaca disajikan dengan kisah ibu-bapa Firaun yang teringin untuk menimang cahayamata. Pada usia Mus’ab 170 tahun (ayah Firaun), barulah Firaun atau nama sebenarnya Walid lahir ke bumi. Walid dibesarkan oleh ibunya seorang diri sebab Mus’ab meninggal dunia sebelum Walid dilahirkan ke dunia. Pun begitu, Walid dibesarkan bagai minyak yang ditatang penuh.

Apabila Walid semakin membesar menjadi seorang pemuda, ibunya menghantar dia belajar ilmu pertukangan dengan seorang lelaki bernama Isa. Beberapa lama dia bertukang, Walid menjadi tidak sabar untuk menjadi kaya. Dia merasakan kerja tersebut terlalu berat dengan bayaran yang murah. Walid lalu pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan yang dapat menjadikan dia kaya tanpa perlu bekerja kuat. Di sana, dia melihat sekumpulan orang yang berjudi dan ada yang mendapat wang emas berguni-guni. Dia pun terjerumus dalam lembah judi sehingga menyebabkan dia menjadi papa kedana. Kemudian, dia mencuri. Kata-kata ibunya supaya dia mencari pekerjaan yang baik lansung tidak diendahkannya.

Nasib Walid menjadi baik apabila dia bertemu dengan saudagar kaya bernama Malik. Malik menjadikan Walid sebagai pembantu setianya. Apabila meninggal, kesemua harta Malik jatuh kepada Walid kerana Malik kebetulannya tidak mempunyai waris kerana tidak berkeluarga. So, jadilah Walid orang kaya baru. Di sini kita dapat lihat keadilan Allah SWT di mana Walid diberi peluang untuk berbuat kebaikan dengan harta yang baru dimilikinya itu. Pun begitu, Walid tetap meneruskan sifatnya yang suka berfoya-foya dan menghabiskan hartanya untuk hiburan dan perempuan. Ini menyebabkan Walid kembali jatuh miskin.

Nampaknya Walid tidak mengambil pengajaran dan hikmah atas apa yang berlaku. Sekali lagi dia berfikir-fikir bagaimana untuk menjadi kaya dengan cepat. Dia kemudiannya mengutip cukai di kawasan perkuburan dengan menipu bahawa ianya perintah dari Firaun. Tembelengnya pecah apabila perbuatan Walid diketahui Firaun. Walid walau bagaimanapun terlepas daripada hukuman pancung apabila dia menyogokkan Firaun dengan harta emas yang dikumpulkannya semasa dia mengutip cukai di kawasan perkuburan. Firaun yang telah kelabu mata dengan harta telah menjadikan Walid pembantunya dengan meneruskan kerja mengutip cukai di kawasan perkuburan.

Walid yang telah banyak melakukan kejahatan sudah menjadi amat keras hatinya. Satu hari, Firaun dengan cemasnya telah keluar seorang diri dengan menaiki kuda ke rumah Haman. Dia mahu Haman menafsir mimpinya yang disengat binatang di belakang tapak tangan. Walid yang melihat Firaun bersendirian telah menjemputnya ke rumah. Pada waktu itulah Firaun dibunuh oleh Walid. Dia telah berpura-pura menjadi Firaun yang baru telah pergi ke istana dengan memakai persalinan raja; siap dengan tutup kepala dari kain yang dilipat menjadi segitiga yang dipanggil klaft. Untuk mengelakkan penentangan, dia telah menyogok Haman dan menteri-menteri yang lain dengan wang yang banyak. So, jadilah Walid Firaun yang baru.

Time nilah, Firaun aka Walid mengahwini Siti Asiah dengan cara yang licik dan kejam. Siti Asiah berasal dari keluarga Muzahim yang terkenal dengan orang baik-baik. Siti Asiah pula terkenal dengan kebaikan dan kecantikannya. Apa yang menariknya di sini, oleh kerana Siti Asiah sentiasa beribadah kepada Allah SWT terutamanya pada waktu malam dan berdoa agar dirinya tidak disentuh oleh orang-orang kafir, sekalipun suaminya Firaun, maka Allah telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Firaun. Maka Siti Asiah tetap terpelihara daripada keburukan Firaun walaupun tinggal dalam istana yang sama.

Bab-bab yang berikutnya, pembaca dapat menghayati sejarah kelahiran dan perjuangan Nabi Musa a.s. bersama saudaranya Nabi Harun a.s. menentang kezaliman Firaun dan membebaskan Bani Israel dari penghambaan Firaun dan konco-konconya. Kemuncaknya, Firaun tenggelam Ke dalam Laut Merah setelah pelbagai azab dan peringatan diturunkan oleh Allah SWT.

Membaca kisah “Firaun Tenggelam dalam Laut Merah” membuktikan kekuasaan Allah SWT. Sesungguhnya ianya amat menginsafkan dan memberi pengajaran kepada manusia agar sentiasa bertaubat kepadaNya. Apabila hati sudah keras seperti Firaun, maka apa-apa bukti, petunjuk dan peringatan daripada Allah SWT sudah tidak berguna lagi kepadanya. Maka jadilah Firaun tenggelam ke dalam Laut Merah tanpa sempat bertaubat kepada Allah SWT, nau’zubillah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s