Jalan-jalan ke I-City Central Shah Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti sekolah baru-baru ni kami ke I-City Central untuk melihat mall yang baru dibuka di Seksyen 7, Shah Alam berdekatan dengan I-City. Mall baru ni memang luas dan sesuai untuk keluarga bersantai-santai sambil menikmati pelbagai makanan yang ada di sini. Kalau bab makanan memang banyak pilihan, dari makanan barat hinggalah ke makanan tradisional negara Thailand.

Kebetulan pada hari Ida dan keluarga datang ada pameran dan jualan makanan Thailand.

Di sini juga pengunjung dapat merasai suasana Bangkok Street Life , di mana pelbagai jenis makanan yang dijual persis makanan warung dan juga kedai-kedai kecil di tepi jalan Thailand.

Thai specialty drinks.
Thai Milk Tea.
Buah-buahan yang dilonggok dalam bakul.

Suasana gaya hidup rakyat Thailand yang sempat kami terokai dan berselfie.

Gambar beca.
Damnden Saduak Floating Market.

Floating market ialah tempat di mana petani menjual barangan mereka dalam perahu. Setiap hari ramai orang Thailand dan pelancong dari negara luar datang ke sini untuk membeli-belah, makan dan menikmati suasana pasar air Thailand yang telah berlansung sejak 100 tahun yang lalu.

Sukhothai Old City.

Sukhothai bermaksud “The dawn of happiness”. Sukhothai pernah menjadi ibu negara Thailand yang pertama iaitu 700 tahun yang lalu. Terdapat banyak perayaan diadakan di sini. Perayaan yang paling popular ialah ‘Loy Krathong’ atau perayaan lilin yang diadakan pada malam bulan purnama. Terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik seperti krathongs terapung, persembahan tradisional dan nyalaan tanglung.

The Grand Palace.

‘The Grand Palace’ ni terletak di Bangkok, di mana ianya digunakan untuk mengadakan upacara diraja dan menerima tetamu diraja dan tetamu dari luar negara. Dahulu, ianya merupakan kediaman diraja bagi Raja Rama pertama hinggalah Raja Rama ke-5.

Antara yang menarik perhatian Ida ialah pameran dan jualan makanan tradisional Thailand dan replika perahu yang di dalamnya terdapat makanan pencuci mulut masyarakat Thailand. Selain itu, terdapat juga pameran baju penari dan alat muzik Thailand.

‘Thai delicacies’ dipamerkan dalam perahu.
Baju dan alat muzik tradisional Thailand.

Kemudian semasa jalan-jalan di I-City Central tu, pandangan Ida tertarik kepada satu kedai yang memang unik dan lain dari yang lain; iaitu kedai Childhood.

Kedai Childhood.

Untuk pengetahuan pembaca, kedai Childhood ni mengimbau nostalgia Ida sewaktu usia kanak-kanak di mana sebahagian besar barangan dan makanan yang ada dalam kedai ni pernah Ida lihat, makan dan main semasa kanak-kanak.

Makanan ringan zaman kanak-kanak era tahun 1970-1990-an.
Barangan kecantikan era 1970-1990-an.
Air minuman zaman kanak-kanak era tahun 1970-1990-an.
Alat permainan moden kanak-kanak.

Yang menariknya di sini, elemen tarikan yang ada dalam kedai zaman dahulu iaitu “Free tikam” pun ada dalam kedai ni. Dengan pembelian RM20, dapat free tikam 1 barang.

Kalau anda tak kisah, anda boleh duduk di atas permaidani rumput yang banyak disediakan dalam mall I-City Central.

Santai atas permaidani rumput tiruan.

Elemen menarik lain ialah pintu masuk I-City Central yang ala-ala hotel.

Bergambar di pintu masuk I-City Central.
Air terjun buatan bertingkat.
Lampu chandeliar yang besar.

So, kalau anda teringin nak rasai suasana santai sambil membeli-belah, bagi Ida I-City Central lah tempatnya. Oh, ye! Mall ini mendapat banyak ilham dari negara Thailand. So, kalau anda teringin nak makan makanan Thailand, di sini lah tempatnya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s