
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya Ida kurang berminat untuk mengulas bentuk-bentuk penipuan yang ada. Namun kebelakangan ini, penipuan sindiket macau scam semakin menjadi-jadi yang menyebabkan Ida terpanggil untuk menulis artikel ringkas tentang taktik terkini sindiket macau scam dalam menipu mangsa.
Baru-baru ini, seorang guru telah kehilangan duit sebanyak RM113,000 kepada ‘scammer’. Bagi Ida lah, duit beratus ribu ringgit ni amat banyak. Kalau digunakan duit tu untuk menunaikan umrah, boleh pergi beberapa kali ke Makkah.
Oklah, di sini Ida dedahkan modus operandi sindiket macau scam dalam menipu mangsa. Taktik ini lah digunakan ke atas guru tersebut yang kehilangan beratus ribu ringgit. Pada mulanya, suspek menelefon mangsa dan menuduhnya terlibat dalam penggubahan wang haram (money laundering) melibatkan sejumlah wang RM1.5 juta. Mereka memberitahu guru berkenaan membayar deposit supaya tiada tindakan akan dikenakan ke atasnya. Mereka menyamar sebagai ‘pegawai polis’ dan ‘pegawai bank’. ‘Pegawai bank’ itu memberitahu yang mangsa mempunyai pinjaman tertunggak sebelum menyambungkan panggilan tersebut kepada ‘pegawai polis’ bernama ‘Sarjan Wong’.
‘Sarjan Wong’ mengatakan yang mangsa terlibat dalam penggubahan wang haram dan menyerahkan panggilan kepada ‘Inspektor Narita’ yang berjanji akan mnyelesaikan masalah mangsa. Magsa telah memohon pinjaman sebanyak RM80,000 untuk membayar deposit setelah diarahkan oleh suspek. Pada 6 Mac, Inspektor Narita memberitahu mangsa yang yang akaun Tabung Haji dan Bank Rakyatnya akan dibekukan oleh Bank Negara Malaysia. Magsa kemudiannya diarahkan ke bank untuk menukar nombor telefon berdaftarnya kepada nombor yang diberikan mangsa. Mangsa dinasihati untuk tidak membuat apa-apa transaksi kewangan selama 7 hari selama siasatan tersebut berjalan. Kemudian mangsa syak dan menelefon penolong pengurus bank yang mengatakan RM113,000 telah dimasukkan ke akaun lain.
Di sini kita lihat suspek telah menggunakan emosi gusar dan takut mangsa yang kononnya telibat dalam aktiviti penggubahan wang haram untuk menipunya. Sepatutnya mangsa perlu bertanyakan hal tersebut kepada pihak yang berwajib dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang diperkatakan melalui panggilan telefon.
Semoga perkongsian artikel ini dapat membuka mata kita semua tentang taktik yang mereka gunakan dalam menipu mangsa dan mengelakkan diri kita dan keluarga daripada menjadi mangsa penipuan mereka, insya-Allah.