
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini kami ke MAEPS, Serdang. Hajat di hati nak tengok teknologi baru dalam bidang automatif dan robotik. Tapi oleh kerana lewat sampai dan cuaca pun agak panas, so kami U-Turn perancangan makan nasi kambing di ‘House of Kambing’. Alang-alang dah sampai, kami ambil juga gambar truck 4-wheels yang sangat-sangat lah awesomenya.




Ok lah, ‘House of Kambing’ ni terletak dalam MAEPS, Serdang. Dari jauh akan nampak restoren yang sebahagian daripadanya di buat daripada batang-batang kayu yang nampak unik dan klasik. Konsepnya yang terbuka memang sesuai untuk makan bersama keluarga sambil melihat suasana menghijau di luar sana.



Dengan budget bawah RM50 pun anda sudah boleh makan nasi lauk kambing bagi 4 orang satu keluarga. Ini lah menu yang kami makan dengan budget bawah RM50; nasi kukus lauk kambing 3 set, nasi goreng lauk kambing 1 set, tembikai laici dan teh ‘o’ ais 3 gelas.


Tapi kalau anda nak makan nasi lauk kambing sampai puas, boleh ambil set ‘grill out’ ni.

Lauk kambingnya banyak dan insya-Allah, anda akan puas hati sebab isinya sangat lembut dan ‘juicy’. Memang recommended. Di bahagian luar restoren ini terdapat gerai yang menjual air nenas dan buah nenas.


Ini pula bahagian tingkat atas ‘House of Kambing’ yang dikhususkan untuk mereka yang datang secara berkumpulan.


Selesai makan, anak-anak teruja melihat kambing dan unta yang berada di bahagian luar Restoren “House of Kambing’.


So, apalagi, jomlah ke ‘House of Kambing’ di MAEPS, Serdang. Lagi meriah kalau datang secara berkumpulan.