Adakah anda ingin mengalami suasana bersantai di kafe sambil membaca majalah dari luar negara? Atau anda ingin menunggang basikal di trek basikal yang luas tanpa gangguan kenderaan di kiri kanan anda? Well, di Eco Grandeur, Puncak Alam, anda boleh melakukan kedua-duanya.
Baru-baru ini, Ida dan anak-anak ke Eco Grandeur, Puncak Alam. Eco Grandeur ni merupakan perumahan yang masih dalam fasa pembinaan oleh pemaju tersohor iaitu Ecoworld yang berkonsepkan Inggeris dan rumah dalam taman.

Di sana, kami santai-santai sambil berehat menenangkan minda setelah sepanjang minggu penat bekerja. Iyalah, anak-anak perlu juga diberi peluang untuk rehat dari belajar sekejap. Di sini, anda boleh duduk di atas sofa yang berkonsepkan ala Bali sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Anak-anak Ida ambil peluang berlari-larian di padang rumput karpetnya yang luas.

Terdapat juga khemah dan bean bag yang diletakkan di atas rumput karpet di luar bagi memberi pengalaman out-door aktiviti kepada pengunjung.


Kemudian, kami ke Ink Library Cafe. Ink Library Cafe ini menjadikan basikal sebagai trademarknya. Lihat saja basikal yang digantungkan pada dinding kafe tersebut.

Di sini, beraneka majalah dari luar negara dapat anda baca sambil menikmati hidangan yang disediakan.


Untuk makanan, Ida just pesan pizza, minuman fizzy dan chocolate ice blended.


Rasanya best juga especially minuman fizzy dan chocolate ice blendednya.
Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu anak-anak Ida ialah berbasikal di TREX Bike Park, berdekatan dengan Ink Library Cafe ni.

Untuk jadual harga, anda boleh rujuk pamplet ni.

RM3 pula dikenakan untuk helmet. Bagi Ida, trek basikalnya agak luas dan mencabar juga. So, bolehlah keluar peluh sikit kan.







So, Ida syorkan anda datang berbasikal di sini bagi menikmati pengalaman berbasikal yang santai dan selamat, insya-Allah. Oh ye! Anda boleh juga bawa basikal sendiri tapi jangan lupa bawa helmet ye.