Yeay! Dah buat kad SOGO di I-City Central Mall.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara tarikan terbaru di I-City Shah Alam ialah ialah I-City Central Mall. Yang paling best dalam I-City Central Mallnya adalah pusat beli-belah yang tersohor iaitu SOGO. Dulu, kalau Ida teringin beli barangan SOGO kenalah pergi ke Kuala Lumpur. Jarak antara Klang ke Kuala Lumpur agak jauh juga. So, jaranglah Ida dan keluarga ke sana. Tapi kini dengan bertapaknya SOGO di Seksyen 7, Shah Alam, maka insya-Allah senang juga kami nak berulang-alik dari Klang ke Shah Alam.

Ok, first thing tentulah buat kad SOGO. Berita baik untuk peminat produk SOGO, kini anda tak perlu lagi bayar kad keahlian SOGO. Hanya perlu download aplikasi MySOGO dan daftar sebagai ahli, dan ianya percuma. Once bila kat sana, staff SOGO akan tunjuk cara bagaimana untuk download aplikasi MySOGO dan daftar sebagai ahli.

Jadi bila anda nak bayar barang just tunjukkan kad member SOGO melalui telefon mudah alih sahaja. Tapi kalau anda jenis yang suka pegang kad atau nak beri hadiah kepada seseorang tapi tak tahu apa hadiah yang dia suka, boleh buat gift card SOGO yang mempunyai nilai RM100 dan hadiahkan kepadanya. Confirm dia suka.

Di sini juga ada service wrapping gift. Anda boleh beli mana-mana barangan SOGO dan request kepada staff disitu untuk buat wrapping gift.

Tara… Dah siap wrap gift. Cuba teka, hadiah apa?

Sekarang ni ada contest ‘shop,collect and redeem’ sampai 30 June 2019. Setiap pembelian RM30, anda akan dapat satu setem. Kumpul setem tersebut, anda akan dapat redeem alatan memasak Takeo dengan harga diskaun yang kebaboom…, dan dapat masuk peraduan.

Takeo Cookware.
Peraduan Takeo Cookware.

Ni satu lagi Ida nak kongsi, cafe yang best dalam SOGO, iaitu ‘My Own Bakes’. Pilihan air dan dessertnya memang pelbagai dan menyelerakan.

Cafe My Own Bakes.

Ida order ice lemon tea, vanilla latte dan cupcakes. Rasanya memang sedap. Anak Ida, Khairul Adli request nak tambah lagi cupcake. So, Ida order satu lagi red velvet cupcake.

Masa nak balik, kami lalu di jambatan yang menghubungkan kondominium Hyde Tower dengan SOGO. Actually, Ida park kereta dalam kawasan kondominium Hyde Tower tu sebab kawasan parking dalam SOGO sudah agak penuh. Iyelah, park kereta dalam SOGO masih percuma. Itulah yang agak full house.

Kondominium Hyde Tower.

Actually, dalam kawasan kondominium Hyde Tower ni pun ada special attraction untuk kanak-kanak. Ada permainan dan games, cuma Ida belum explore lagi. Oklah, kalau anda teringin nak ada kad SOGO, inilah masanya. Selain dapat kumpul points dan redeem hadiah menarik yang ditawarkan, anda juga dapat menikmati diskaun bagi barangan tertentu khusus untuk member kad SOGO. Barang-barang di sana memang menarik dan baju kanak-kanaknya cantik dengan harga yang berpatutan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s