Apabila rumah bukan lagi “Rumahku, Syurgaku”.

Pernahkah anda terasa malas nak balik rumah? Atau rasa berdebar-debar apabila berjalan di sekitar rumah? Begitulah yang berlaku kepada penduduk Desa Aman Puri di Kepong apabila terdapat lebih kurang 300 orang warga Afrika mendiami penempatan tersebut.

Kalau mereka berkelakuan baik takpelah juga. Ini tidak, mereka bersikap biadap, mabuk, bergaduh sesama sendiri serta sentiasa mencetuskan kekecohan sehingga menimbulkan perasaan takut penduduk tempatan. Apa mereka nak jawab pada anak-anak apabila warga Afrika tersebut pernah menganjurkan pesta air ala pesta Songkran. Of course lah pesta air bertentangan dengan budaya Malaysia, yang agama rasminya agama Islam.

Pembaca tentu tertanya-tanya kenapa mereka begitu berani sekali membuat onar di tempat orang? Bayangkan, mereka in fact ada restoren yang dikendalikan oleh orang mereka sendiri, dan di situlah tempat mereka melepak. Status ‘pelajar’ yang dikatakan mereka juga boleh dipersoalkan apabila kelakuan mereka lansung tidak menggambarkan sebagai pelajar di mana hampir setiap malam mereka lepak, buat bising sehingga awal pagi, mabuk dan bergaduh sesama sendiri.

Pernah berlaku pergaduhan di antara beberapa penduduk tempatan dan warga asing apabila warga asing berkenaan menyuruh penduduk tempatan menukar siaran televisyen perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Malaysia di sebuah kedai makan. Golongan wanita juga ketakutan apabila warga Afrika tersebut kerap melepak di bawah pangsapuri. Melihatkan situasi negatif yang banyak berlaku akibat kebanjiran warga asing ini, di harap pihak yang berwajib dapat memantau aktiviti mereka agar keharmonian negara Malaysia tetap terpelihara.

Selain itu, bagi mereka yang ingin mencari kediaman sama-ada untuk dibeli atau disewa, perlulah mengambil tahu siapakah penghuni yang mendiami kawasan tersebut. Rumah bukan sahaja tempat kita tinggal, tetapi juga tempat kita dan keluarga berkembang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berdaya-maju. Once menjadi penghuni kawasan tersebut, segala benda yang berlaku disitu terpaksa dihadapi. Bak kata omputih, “You not only buy the house, you also buy the neighbourhood”. So, choose wisely…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s